resepi cucur udang

Resepi Cucur Udang Yang Lembut dan Sedap

Ingin sesuatu hidangan untuk minuman petang atau makanan pada waktu pagi yang sedap? Artikel pada kali ini, akan mengemukakan resepi cucur udang homemade yang lebih sedap dan lebih padat isinya dengan udang berbanding yang dijual di gerai-gerai di tepi jalan.

Pengenalan

Cucur udang atau boleh juga dikenali sebagai jemput-jemput udang secara asasnya merupakan campuran tepung gandum dan adunan lain yang telah digoreng dengan minyak masak. Makanan ini secara jujurnya sangatlah populah isebelah utara untuk minum petang.

Ia juga sebenarnya mendapat nama jemput-jemput udang kerana bahan tambahan yang menambah perisa jemput-jemput tersebut. Nikmatilah resepi cucur udang ini.

Masa penyediaan: 20 minit

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Cucur Udang

  • Tepung gandum (500-700 gram)
  • 1 biji telur
  • 1 paket yis yang telah dicampur bersama 1 sudu gula serta setengah cawan air suam.
  • Air
  • 1 sudu kecil garam
  • Serbuk kunyit
  • Taugeh
  • Daun kucai
  • 2 biji cili merah yang telah dihiris nipis
  • Minyak

Cara-Cara Membuat Resepi Cucur Udang

  • Mula-mula, campurkan yis bersama air suam dan gula di dalam sebuah mangkuk. Biarkan sehingga campuran tersebut berbuih.
  • Dalam satu mangkuk besar yang lain, masukkan tepung gandum, serbuk kunyit dan garam. Gaul rata adunan tersebut.
  • Masukkan sebiji telur dan bancuhan yis tadi ke dalam adunan.
  • Gaul kesemua bahan-bahan sehingga sebati dan masukkan syur-sayuran seperti taugeh, daun kucai an cili merah.
  • Panaskan minyak yang secukupnya dan rendamkan sudip yang hendak digunakan dalam minyak yang telah panas.
  • Tuangkan adunan cucur tadi ke atas sudip tersebut sehingga penuh sudip tersebut.
  • Tambahkan seekor udang atau lebih dia atas adunan tersebut.
  • Goyang-goyangkan adunancucur tersebut sehingga ia tertanggal daripada sudip tersebut.
  • Goreng cucur tersebut sehingga berwarna kuning keemasan dan kemudian angkat untuk toskan minyak.
  • Ulang Langkah untuk menggoreng cucur sehingga adunan telah habis.

Tips:

  • Jangan menggunakan air panas untuk membancuh yis kerana hal ini akan menyebabkan yis tersebut dibunuh.
  • Jika mahu menghasilkan cucur udang yang nipis iaitu lebih rangup, gunakan sudip yang leper sedikit supaya lapisan cucur udang tidak tebal.
  • Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sambal udang.

Selamat mencuba resepi ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 11 =