resepi gulai ikan tongkol

Resepi Gulai Ikan Tongkol Yang Sedap

Bagaimanakah cara untuk menyediakan masakan resepi Gulai Ikan Tongkol yang lazat? Artikel ini akan membincangkan dengan mudah dan cepat cara masakan Gulai Ikan Tongkol yang anda boleh lakukan di rumah.

Pengenalan

Kalau siapa yang pernah makan Nasi Dagang atau Nasi Berlauk pasti perasan dengan Gulai Ikan Tongkol. Lauk ini sememangnya antara lauk wajib untuk di makan dengan Nasi Berlauk dan Nasi Dagang. Gulai Ikan Tongkol memang sinonim dengan orang pantai Timur. Selain sedap, ianya juga mudah untuk dimasak.

Saya dan keluarga kalau berkunjung ke Pantai Timur pasti wajib untuk jamah Nasi Dagang atau Nasi Berlauk dengan Gulai Ikan Tongkol. Menu wajib kami. Kalau tak makan, rasanya tak lengkap ke Pantai Timur. Oleh kerana kami gemar sangat makan Gulai Ikan Tongkol (dan nasi belauk) saya buat keputusan untuk belajar resepi ini. Senang sikit nak buat di rumah kalau mengidam.

Tanpa lengahkan masa, jom saya kongsikan cara-cara untuk masak Gulai Ikan Tongkol ini:

Masa untuk memasak: 30 minit

Jumlah hidangan: 2-4  orang

Bahan untuk Resepi Gulai Ikan Tongkol

  1. 2 ekor ikan (direbus dg garam dan asam keping)
  2. 8-15 tangkai cili kering
  3. 4 ulas bawang merah
  4. 4 hiris lengkuas
  5. 1 inci kunyit hidup
  6. 1 sudu kecil rempah biji ketumbar
  7. 1 atau 2 keping asam keping
  8. Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak Resepi Gulai Ikan Tonggkol

  1. Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam selama 5-7 minit.
  2. Kisar hancur bawang, lengkuas, kunyit dan cili kering
  3. Masukkan semua bahan kisar ke dalam santan dan masak dengan api kecil hingga menggelegak. Jangan lupa untuk kacau kalau tidak, bahagian bawah akan melekat.
  4. Kemudian masukkan ikan rebus tadi,  asam keping, garam dan sedikit gula.(bahan perasa boleh letak ikut cita-rasa si pemasak)
  5. Masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan lada hijau dan merah tadi, tnggu sekejap hingga mendidih.
  7. Bila dan mendidih, tutup api. Siap untuk dihidang!

Tips:                                                             

  1. Boleh juga letak kacang panjang untuk tambahkan rasa manis gulai.
  2. Kalau nak jadikan sebagai lauk untuk Nasi Berlauk ini caranya:
  3. makan dengan nasi putih
  4. sambal cili dan ikan gulai tadi serta timun atau kacang panjang tadi.
  5. Dibungkus pulak dengan berlapik daun pisang.

Selamat mencuba resepi ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + 16 =