Resepi Ikan Bawal Masak Cuka Yang Sedap

resepi Ikan Bawal Masak Cuka

Artikel kali ini, penulis nak bawa anda dengan resepi ikan bawal masak cuka ini. Masakan ini rasanya masam masam manis membuatkan selera anda akan bertambah.

Masakan ini sangat sesuai untuk anda yang kurang rasa selera makan tau. Penulis pasti anda yang kurang selera makan akan bertambah pinggan bila merasai masakan ikan bawal masak cuka ini.

Pengenalan

Masakan ini sedap dimakan bersama nasi yang panas bersama dengan telur dadar goreng yang rangup. Masakan ini sangat sesuai untuk dijadikan makanan tengahari anda.

Bahan bahannya pun mudah dicari dan sangat senang disediakan bagi anda yang sibuk bekerja. Mari sama sama kita belajar resepi kali ini. Semoga berjaya semua.

Masa hidangan: 20-30 minit

Jumlah hidangan: 3-4 orang

Bahan-bahan Resepi Ikan Bawal Masak cuka

  • 3 ekor ikan bawal
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah 
  • 5 – 7 biji cili padi
  • ½ sudu kecil biji sawi
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 400ml air
  • 3 sudu besar cuka
  • ½ batang lobak merah
  • ½ batang timun
  • Gula 

Bahan hiris:

  • 1 labu bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 

Cara Memasak Resepi Ikan Bawal Masak cuka

  1. Siang ikan bawal dan potong menjadi 2 bahagian. Bersihkan ikan dengan asam jawa dan basuh dengan air sehingga bersih
  2. Masukkan ikan bawal yang dibersihkan kedalam bekas yang berisi serbuk kunyit dan garam. Gaulkan sebati
  3. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan ikan bawal tadi kedalam minyak yang panas. Goreng sehingga masak dan bertukar warna kekuningan (garing). angkat dan toskan minyak
  4. Hiriskan halus bawang besar, bawang putih dan halia. Ketepikan
  5. Potong memanjang cili hijau dan cili merah. Ketepikan
  6. Potong lobak merah dan timun. Ketepikan
  7. Panaskan semula minyak yang digunakan untuk goreng tadi dan tumiskan hirisan bawang dan halia tadi sehingga naik bau
  8. Kemudian masukkan biji sawi dan serbuk kunyit. Gaulkan seketika
  9. Masukkan pula air dan cuka. Kacau dan biarkan sehingga mendidih
  10. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau dan cili padi. Kacau seketika
  11. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau agar sekata
  12. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan lobak merak kedalam kuah yang tengah mendidih
  13. Biarkan sehingga mereneh sekejap agar ikan dan kuah sebati
  14. Kemudian boleh masukkan timun dan kacau seketika
  15. Api boleh ditutup dan sedia untuk dihidangkan

TIPS:

  1. Boleh kurangkan atau lebihkan cili padi mengikut kepedasan masing masing
  2. Selain ikan bawal, ikan tongkol, ikan duri, ikan kembung dan lain lain boleh digunakan untuk resepi ini
  3. Boleh letakkan sedikit tepung ketika gaulkan kunyit dan garam dekat ikan bawal. Ini untuk mengelakkan berlakunya minyak meletup letup ketika digoreng

Selamat mencuba resepi ini

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eighteen − 9 =