resepi ikan masak kelapa parut

Resepi Ikan Masak Kelapa Parut yang sedap

Artikel kali ni penulis nak ajak anda belajar cara cara untuk buat resepi ikan masak kelapa parut. Adakah ini kali pertama anda mendengar? Kalau ya, anda patut cuba resepi ini tau. Ini kerana resepi ini sangat sedap bila dimakan ratah ataupun makan bersama nasi yang panas.

Jangan lupa sediakan ulam ulaman beserta belacan, pasti anda akan makan bertambah tambah. Makan dengan suasana yang gembira juga boleh membangkitkan selere makan anda tau. Kalau anda yang sudah mencuba resepi ini, pasti akan terkenang kampung halaman kan?

Pengenalan

Masakan ini sangat menjadi kegemaran di kampung penulis. Kalau berkumpul ramai ramai, masakan ini pasti ada dalam menu kami. Sebabnya masakan ini sesuai dimasak dimajlis majlis atau pun ketika berkumpul bersama keluarga anda. Orang kata barulah ade ‘feel’ nak makan.

Bahan bahan nya pun mudah didapati di kedai kedai berhampiran anda. Bila berkumpul ramai ramai ni pasti membangkitkan keseronokkan memasak kan.

Selalunya suasana ini dirasai bila kita berada dikampung halaman masing masing. Nak menggamit kenangan anda masa dikampung? Tak perlu tunggu lama lagi. Mari! Kita sama sama mendalami resepi kali ini. Semoga Berjaya !

Masa Penyediaan: 35 minit

Masa Memasak:35 minit

Jumlah Hidangan: 5- 6 orang

Bahan-Bahan Resepi Ikan Masak Kelapa Parut

  • 6 ekor ikan kembung yang sederhana besar
  • 1 biji kelapa parut
  • Sedikit pes asam jawa
  • 5 ulas bawang merah,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 2 inchi halia
  • 2 inchi kunyit hidup
  • Minyak masak
  • Sedikit air

Cara Penyediaan Resepi Ikan Masak Kelapa Parut

  1. Siang ikan kembung dan belahkan dibahagian dada di kedua dua belah badan ikan. Bersihkan dengan jus limau nipis untuk menghilangkan hanyir ikan dan basuh sehingga bersih menggunakan air. Ketepikan
  2. Kisarkan halus bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup. Ketepikan
  3. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api yang sederhana besar
  4. Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan tumiskan sehingga naik bau
  5. Masukkan kan kelapa parut dan tumis sehingga pecah minyak
  6. Masukkan air asam jawa dan kacau seketika
  7. Masukkan ikan dan biarkan sehingga mendidih
  8. Kemudian masukkan lagi air asam jawa dan kacau dengan berhati hati
  9. Biarkan seketika dan tutup api
  10. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tips:

  • Semua jenis ikan boleh digunakan seperti ikan bawal, ikan tongkol dan ikan tilapia merah
  • Kunyit hidup boleh digantikan dengan serbuk kunyit ketika memasak resepi ini
  • Sekiranya anda penggemar makanan pedas, anda juga boleh meletakkan cili padi mengikut kepedasan yang anda mahukan
  • Gunakan kelapa parut yang segar pasti lebih memberi kelazatan

Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + three =