resepi sambal ikan bilis petai

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai yang Sedap

Resepi Sambal ikan bilis petai ini memang menjadi kegemaran orang ramai. Masakan ini pasti ada dalam menu majlis majlis orang melayu. Sambal ikan bilis petai bukan sahaja sedap dimakan bersama nasi panas atau nasi lemak dan ulam ulaman, tapi makan dengan pulut kuning pun ngam tau.

Pengenalan

Masakan ini memang popular dikalangan ramai kerana keenakkan sambalnya, kerangupan ikan bilis dan petai menjadikan  masakan ini satu kombinasi yang sangat menarik.

Bahan bahannya pun mudah dan sangat senang untuk disediakan. Anda pun tak perlu rungsing ketika memasak tau ini kerana resepi ini tidaklah sukar untuk anda. Penulis pasti anda akan menjadi pro dalam masa satu hari sahaja. Apa yang ditunggu lagi tu. Ha! Mari kita sama sama belajar cara cara resepi sambal ikan bilis petai ini.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 4 – 5 orang

Bahan-Bahan Resepi Sambal Ikan Bilis Petai

Bahan asas

  • 1 mangkuk isi petai
  • 2 gengam ikan bilis
  • 2  biji bawang besar
  • 1 sudu besar sos tiram
  •  sedikit pati air asam jawa
  • 1 mangkuk besar minyak
  • Gula secukup rasa

Bahan untuk kisar halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 15-20 biji cili kering
  • 1 inci halia
  • secubit belacan

Cara Penyediaan Resepi Sambal Ikan Bilis Petai

  1. Basuh ikan bilis sehingga bersih dan toskan airnya. Ketepikan
  2. Hiris bulat bawang besar dan ketepikan
  3. Kisarkan halus bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili kering, halia dan secubit belacan. Ketepikan
  4. Panaskan minyak didalam kuali diatas api yang sederhana besar dan masukkan ikan bilis tadi. Goreng sehingga separuh masak dan angkat. Toskan minyaknya
  5. Kemudian gunakan minyak yang sama tadi, tumiskan 1 biji hirisan bawang besar sehingga layu dan masukkan bahan kisar tadi. Kacau perlahan dengan menggunakan api yang sederhana besar
  6. Tumiskan sehinggan pecah minyak dan sambal bertukar menjadi merah gelap. Jangan lupa untuk sentiasa kacau perlahan lahan supaya sambal anda tidak hangus
  7. Masukkan air asam jawa dan sos tiram. Kacau perlahan lahan
  8. Kemudian masukkan ikan bilis, petai dan gula sedikit. Kacau sehingga sambal, petai dan ikan bilis sebati
  9. Akhir sekali masukkan 1 biji bawang yang dihiris bulat dan kacau seketika. Angkat dan hidangkan

Tips:

  • Jangan tumis bawang besar terlalu lama. Ini kerana bawang besar ini akan memberikan rasa manis pada sambal
  • Sekiranya tiada asam jawa, anda boleh menggunakan asam gelugor untuk digantikan dalam masakan anda
  • Gunakan minyak yang banyak ketika menumis untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap. Lebihan minyak boleh dibuang ketika sudah siap masak
  • Cili kering haruslah dibuang biji dan direbus dahulu ye. Barulah dikisar bersama bahan bahan yang lain

Selamat mencuba!.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + 10 =