resepi ikan keli berlada

Resepi Ikan Keli Berlada yang sedap dan Enak

Resepi Ikan keli berlada ini kegemaran lauk keluarga penulis. Kalau seminggu tu mesti kene ada masakan ini dan tidak boleh terlepas dalam menu seminggu kami. Masakan ini paling laris diatas meja makan di rumah penulis.

Pengenalan

Masakan ikan keli berlada kalau dibuat pedas lagi sedap tau, tambah pula bila ikan keli digoreng garing. Pasti anda akan makan tanpa melihat kiri dan kanan anda. Ikan keli berlada ini sedap dimakan dengan nasi yang panas bersama ulam ulaman beserta belacan. Sedapnya!

Arwah mak penulis suka masak ikan keli berlada masa dia sihat dulu tau sebab dia tahu kami adik beradik suka makan ikan keli berlada ni. Penulis rindu betul masakan mak. Rasa nak mengamit pula kenangan dengan mak. Bahan bahan pun senang untuk dicari dan mudah dimasak. Ha! Jum kita belajar cara cara nak masak ikan keli berlada ni.

Masa Hidangan: 15-20 minit

Jumlah Hidangan: 4-5 orang makan

Bahan-bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Bahan Asas

  • 5 ekor ikan keli sederhana besar
  • Sedikit asam jawa.
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak
  • Serbuk Kunyit
  • tepung

Bahan ditumbuk/dikisar

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • Air sedikit

Cara Memasak Resepi Ikan Keli Berlada

  1. Siang ikan keli dan potongkan ikan keli kepada 2 bahagian. Kemudian bersihkan ikan keli dengan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir pada ikan. Bersihkan dengan air sehingga bersih dan ketepikan.
  2. Letakkan ikan yang sudah dibersihkan ke dalam bekas. Masukkan serbuk kunyit, garam, tepung sedikit kedalam bekas. Gaulkan kesemuanya dan biarkan ia seketika.
  3. Kisarkan halus bawang putih, bawang besar, cili merah dan cili padi. Ketepikan
  4. Panaskan minyak dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Gorengkan ikan keli sehingga bertukar warna dan menjadi garing. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan
  5. Panaskan minyak yang sama didalam kuali yang sama, tumiskan bahan yang dikisar tadi kedalam kuali. Tumiskan sehingga naik bau dan menjadi sedikit garing
  6. Masukkan sedikit air dan kacau seketika
  7. Kemudian masuk garam secukup rasa dan kacau seketika
  8. Masukkan ikan keli  yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal tumis tadi. Biarkan seketika
  9. Angkat dan siap dihidangkan.

TIPS:

  • Cili padi boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut tahap kepedasan masing masing
  • Bagi mengelakkan minyak meletup letup ketika ikan keli digoreng, anda boleh melumurkan sekali tepung bersama serbuk kunyit dan garam. Semua jenis tepung boleh digunakan
  • Sekiranya tidak ada tepung, anda juga boleh meletakkan asam keping kedalam minyak yang panas, bagi mengelakkan berlakunya minyak meletup letup ketika digoreng

Selamat mencuba! Semoga resepi ini membantu anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + 12 =