resepi ikan siakap ala thai

Resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai yang Mudah dan Enak

Resepi kali ini berasaskan masakan ala thai iaitu ikan siakap stim ala thai. Masakan thai wajib mempunyai rasa masam, manis dan pedas. Termasuk juga resepi yang bakal dikongsikan pada kali ini iaitu ikan siakap stim ala thai yang mempunyai rasa yang masam, manis dan pedas.

Resepi pada kali ini amat mudah untuk dimasak dan menjimatkan masa. Amat sesuai untuk ibu yang sibuk bekerja dan juga orang-orang bujang. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk memasak ikan siakap stim ala thai yang mudah dan enak.

Pengenalan

Ikan siakap stim ini amat mudah untuk dimasak kerana tidak memerlukan kaedah menggoreng atau memanggang. Hanya perlu dikukus dan amat sihat kerana tidak menggunakan sebarang minyak. Resepi ini sesuai untuk orang yang sedang berdiet kerana ia menggunakan kaedah mengukus. Bahan-bahan yang digunakan juga adalah bahan-bahan yang mudah untuk didapati.

Cara penghasilannya juga amat mudah.  Oleh itu, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Kebiasaannya, ikan yang digunakan untuk memasak menu ini ialah ikan siakap dan amat jarang ditemui ikan yang lain yang menggunakan resepi menu ini. Saya akan kongsikan bersama anda resepi ikan siakap stim ala thai seperti di bawah.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai yang Mudah dan Enak

Bahan-bahan Ikan Siakap Stim Ala Thai

  • 1 ekor ikan siakap yang telah disiang dan dibelah isi perut
  • 4-5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 sudu besar stok ayam /  1 kiub pati ayam
  • 5-6 batang cili padi
  • 3 batang cili api merah
  • 3 helai daun limau purut (dipotong halus)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 inci halia
  • 2 batang daun ketumbar
  • 2 biji limau nipis (diperah dan diambil jusnya)
  • Sedikit sos ikan (secukup rasa)
  • Sedikit garam (secukup rasa)
  • Sedikit gula (secukup rasa)
  • 1/2 cawan air masak

Cara- cara menyediakan Ikan Siakap Stim Ala Thai

1. Basuh dan siang ikan sebersihnya. Belah dan keluarkan perut ikan. Masukkan serai yang telah dititik, halia dan daun limau purut yang telah dihiris ke dalam perut ikan yang telah dibelah. Kemudian, kukuskan ikan seketika untuk lebih kurang 10 minit.

2. Sementara menunggu ikan siap dikukus, sediakan bahan untuk kuah.

3. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, gula, garam dan stok ayam. Kacau sehingga sebati.

4. Selepas itu, masukkan bawang putih, cili padi, cili api merah, jus limau nipis dan sos ikan. Kacau hingga sebati.

5. Kemudian, tuangkan kuah ke atas ikan yang telah siap dikukus. Sambung kukus untuk lebih kurang 5 minit supaya kuah meresap ke dalam ikan dan menaikkan aroma.

6. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar ke atas ikan yang telah siap dikukus.

7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih panas.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 + sixteen =