resepi ikan talapia bakar

Resepi Ikan Talapia Bakar dengan Sambal Menjilat Jari

Tak pasti nak masak apa untuk makan tengahari atau makan malam? Mahukan kelainan dalam masakan anda atau adakah anda sedang berdiet jadi mahukan menjauhkan diri dari menu goreng? Anda berada di tempat yang sepatutnya. Jom ikuti resepi yang bakal saya kongsikan di bawah untuk resepi ikan talapia bakar yang pastinya terangkat.  

Apa itu Ikan Talapia Bakar?

Ikan talapia merupakan ikan air tawar yang sangat popular di Malaysia terutamanya di negeri Pahang. Ikan air tawar ini mempunyai pelbagai jenis khasiat antaranya adalah sumber vitamin dan mineral yang tinggi.

Menu ikan talapia bakar merupakan salah satu menu popular di Malaysia yang lazimnya dibuat dengan cara memerap ikan dengan rempah ratus serta mebakarnya di atas permukaan yang panas dan kering seperti ‘oven’ atau ‘griller’. 

Masa memasak: 45 minit

Jumlah Hidangan: 3 orang

Bahan untuk Resepi Ikan Talapia Bakar

Bahan-Bahan Perapan Ikan:

  • 1 ekor ikan talapia
  • Garam secukup rasa

Bahan-Bahan Tumisan Yang Perlu Dikisar:

  • 6 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 20 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
  • 1 inci halia

Bahan-Bahan Tumisan Cili:

  • Sedikit air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Lain:

  • Daun pisang

Cara Memasak Resepi Ikan Bakar Talapia

  1. Setelah ikan dibersihkan, lumurkan dengan sedikit garam dan biar seketika.
  2. Kisarkan bawang kecil, bawang putih, halia dan cili kering.
  3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga cili garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
  5. Setelah cili kisar cukup masak, ketepikan seketika untuk disejukkan dalam suhu bilik.
  6. Seterusnya, letakkan ikan talapia yang telah diperap tadi di atas daun pisang.
  7. Lumurkan cili yang telah dimasak tadi di atas ikan tersebut.
  8. Bungkus ikan tersebut dengan daun pisang dan bakar di atas pemanggang ajaib sehingga masak.

Tips Berguna

  1. Rendam ikan di dalam bancuhan air asam jawa atau bancuhan limau (limau kasturi/limau nipis) untuk membersihkan sekaligus membuang hanyir ikan.
  2. Pastikan ikan talapia dinyahbekukan sebelum proses memasak. Hal ini untuk memastikan ikan dapat dibakar dengan lebih sekata dan elok.
  3. Tekan garfu di atas ikan untuk memastikan ikan telah cukup masak. Sekiranya ikan tersebut telah cukup masak, dengan mudah kita dapat memasukkan garfu tersebut sampai ke tulangnya.
  4. Apabila memasak sambal, pastikan sambal betul-betul pecah minyak agar rasanya lebih sedap dan juga memastikan sambal tersebut tahan lebih lama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =