resepi kerutuk daging

Resepi Kerutuk Daging Sekali Rasa Pasti Nak Tambah Lagi

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi kerutuk daging yang lazat? Kerutuk daging merupakan antara hidangan yang terkenal di negeri-negeri pantai timur. Hidangan ini juga kadangkala dihidangkan bersama nasi beriani atau nasi hujan panas selain nasi putih. Ada juga yang turut menghidangkan kerutuk daging bersama dengan ketupat dan lemang semasa sambutan hari raya. Menu kerutuk daging juga antara menu yang menjadi pilihan untuk majlis keraian atau kenduri kahwin.

Pengenalan

Kerutuk daging merupakan hidangan yang kaya dengan rasa rempah ratus, manis dan sedikit pedas. Selain menggunakan daging, menu kerutuk juga boleh dipelbagaikan dengan menggunakan ayam, itik atau kambing. Bahan seperti kerisik juga mempengaruhi kesedapan resepi kerutuk daging. Elakkan menggunakan kerisik yang masam atau sudah lama. Ia akan mengganggu rasa enak hidangan kerutuk daging anda.

Pada kali ini, penulis akan berkongsi dengan anda resepi kerutuk daging yang enak. Anda boleh mencuba untuk membuatnya di rumah sebagai hidangan seisi keluarga. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan Untuk Resepi Kerutuk Daging

  • 1 kg Daging pejal
  • 4 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 genggam cili kering direbus*
  • 3 batang serai dititik
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 3 sudu besar kerisik
  • 8 sudu besar serbuk kerutuk (atau 2 paket kecil)
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 helai Daun pandan disimpulkan
  • gula nisan 1 keping
  • garam

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Kerutuk Daging

  1. Kisarkan bahan bertanda *.
  2. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih dan daun pandan. Kemudian masukkan serai dan bahan kisar dan tumiskan sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah kerutuk yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging yang telah dihiris bersama sedikit air.
  5. Kemudian apabila kuah sudah mereneh, masukkan pula kerisik dan gula nisan. Biarkan ia mereneh sehingga daging masak dan empuk.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam. Siap untuk dihidangkan.

Tips Berguna:

  • Pastikan menggunakan kerisik fresh dan tidak masam. Ia akan menjadikan kerutuk anda pasti enak.
  • Boleh rebus daging dahulu jika suka dan gunakan air rebusan daging tersebut semasa memasak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + twenty =