Resepi Paru Berlado Ketagih Nak Lagi

resepi paru berlado

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi paru berlado yang sedap? Assalamualaikum dan hai semua! Pada hari ini kami ingin berkongsi satu resepi yang sangat sedap dan menyelerakan. Kita pasti sentiasa jumpa lauk ini di kedai nasi campur atau pun sebagai lauk sampingan yang dimakan bersama nasi lemak. Apa kata, kali ini anda boleh cuba membuatnya sendiri dirumah dan dimakan bersama keluarga tersayang.

Pengenalan

Anda sukakan hidangan yang pedas? Paru berlado pasti menjadi salah satu pilihan yang menambat hati. Rasanya yang pedas dan sedikit manis dimakan bersama nasi putih panas pula, sungguh menyelerakan! Selain itu, makan bersama nasi lemak juga sangat sedap. Jika anda tidak makan paru, jangan risau boleh digantikan dengan ayam, daging ataupun ikan. Pada kali ini penulis akan berkongsi cara untuk menyediakan paru berlado yang enak dan mudah. Jom kita lihat cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi paru berlado…..

Bahan-Bahan Untuk Resepi Paru Berlado

  • 1/2 kg paru lembu
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukupnya
  • Serbuk kunyit
  • Minyak masak
  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • Serai yang dititik
  • Halia

Bahan Kisar Kasar:

  • 3 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 5 tangkai cili merah *
  • 3 tangkai cili api merah * (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji tomato * (yang ni kalau tak ada pun tak apa, boleh digantikan dengan air asam jawa)

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Paru Berlado

  1. Mula-mula cuci bersih paru tersebut.
  2. Setelah itu rebus paru hingga empuk lebih kurang 30 hingga ke 40 minit dan masukkan sedikit garam, hirisan halia untuk menghilangkan bau hanyir.( Cucuk sedikit paru menggunakan lidi atau pisau, jika tidak liat boleh diangkat dan toskan. )
  3. Bila paru sudah sejuk, boleh la dipotong nipis mengikut cita rasa anda.
  4. Panaskan minyak dengan api yang kuat. Lumurkan paru dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  5. Bila minyak dah panas boleh la goreng paru. (Pastikan anda sentiasa membalik-balikkan untuk mendapatkan tekstur garing yang rata)
  6. Bila dah garing, angkat dan toskan.
  7. Sementara itu kisar kasar semua bahan yang bertanda * .
  8. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang dikisar tadi bersama serai yang dititik.
  9. Tumiskan sehingga naik bau dan garing.
  10. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut cita rasa anda. Jika terlalu kering boleh masukkan sedikit air.
  11. Akhir sekali, jika kita punya bahan tumisan dah masak boleh masukkan paru yang dah digoreng tadi.
  12. Kacau rata sehingga sebati ke semua hirisan paru, masukkan bawang holland yang dihiris.
  13. Matikan api, paru berlado sedia untuk dihidangkan.

Tips untuk mahukan paru kekal rangup, biarkan sambal sedikit sejuk sebelum kacau rata paru yang digoreng tadi.

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2 × one =