resepi maggi goreng basah

Resepi Maggi Goreng Basah Yang Sedap Dan Mudah

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi maggi goreng basah yang sedap? Hai semua !!! Pada kali ini kami ingin berkongsi satu menu yang ringkas, sedap dan cepat. Sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja. Hidangan ini pasti menjadi pilihan jika kita berkunjung di restoran masakan panas ataupun kedai mamak.

Pengenalan

Mee segera ataupun lebih dikenali sabagai “Maggi” oleh rakyat Malaysia ialah mee separa masak yang dikeringkan dan perlu direbus terlebih dahulu selama 3 ke 5 minit. Pelbagai masakan boleh dicuba menggunakan mee “Maggi”. Jadi kali ini, penulis ingin berkongsi satu resepi mudah dan pasti sedap terutama untuk orang bujang iaitu maggi goreng basah. Tidak memerlukan masa yang lama untuk penyediaan dan gunakan bahan masakan apa sahaja yang ada dirumah mengikut cita rasa. Untuk menambah rasa yang lebih sedap boleh dimakan bersama telur goreng goyang, telur kuning yang cair ditengah. Pasti anda makan bertambah-tambah. Mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi maggi goreng basah….

Bahan-Bahan Untuk Resepi Maggi Goreng Basah

  • 2 paket mee segera berperisa kari
  • 2 sudu minyak masak
  • 3 batang sawi
  • 2 tangkai cili api merah (tak letak pun boleh jika anda tak suka rasa pedas)
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos cili
  • 1 1/2 sudu kicap manis
  • Garam secukupnya (jika masakan sudah cukup rasa tak perlu tambah )
  • Hirisan isi ayam
  • Udang dan sotong (yang ni adalah pilihan, jika ada boleh tambah dalam masakan kita nanti)
  • Air secukupnya
  • Hirisan limau
  • Sedikit bawang goreng

Bahan Kisar :

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah

Cara-Cara Untuk Membuat Resepi Maggi Goreng Basah

  1. Didihkan air didalam periuk sederhana besar.
  2. Celurkan mee “Maggi” lebih kurang 3 minit. Angkat dan toskan. Pastikan mee tidak lembik dan kembang.
  3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar, sos tiram,sos cili dan kicap manis. Masak sehingga pecah minyak.
  5. Bila bahan tumisan kita dah masak, boleh la masukkan ayam, sotong, udang serta 2 paket serbuk perisa kari. Kacau rata sehingga sebati dan biarkan seketika sehingga lembut.
  6. Masukkan batang sayur sawi terlebih dahulu, masak sehingga sedikit lembut. Masukkan air secukupnya.
  7. Akhir sekali boleh la masukkan mee “Maggi” yang dah siap kita celur dan toskan.
  8. Masukkan daun sawi. Kacau rata sehingga sebati. Jangan masak terlalu lama kerana mee “Maggi” kita akan kembang dan lembik.
  9. Bila dah secukup rasa, matikan api dan tuang ke dalam mangkuk.
  10. Taburkan sedikit bawang goreng dan siap dihidang.

Tips untuk mee “Maggi” tidak kembang:

Jangan rebus mee “Maggi” sehingga lembut kerana akan dimasak untuk buat kali kedua. Bilas dengan air sejuk untuk memberhentikan proses memasak mee tersebut dan untuk mendapatkan tesktur yang kenyal apabila dimakan nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × 4 =