resepi kuih nona manis

Resepi Kuih Nona Manis Yang Lembut dan Sedap

Inginkan kuih yang manis dan pernah menjadi viral pada suatu ketika dahulu? Artikel pada kali ini akan membincangkan resepi kuih nona manis yang sedap dan lembut.

Pengenalan

Resepi kuih nona manis ini dipopularkan daripada negeri Kelantan. Kuih nona manis ini seringkali menjadi kegermaran orang Kelantan dan kanak-kanak. Ini kerana strukturnya yang lembut dan mempunyai ini yang manis membuatkan ia sedap dan menyenangkan hati.

Sangatlah sesuai untuk dinikmati seisi keluarga dan untuk menjamu para tetamu yang hadir. Cara pembuatannya yang mudah boleh saja untuk dicuba dirumah. Ada 3 bahagian dalam penyediaan kuih nona manis ini. Nikmatilah resepi kuih nona manis ini.

Masa penyediaan: 15 minit

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Kuih Nona Manis

Bahan A (kisar halus)

  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • Setengah cawan gula
  • Semua bahan B (yang dimasak)

Bahan B (untuk dimasak)

  • Setengah cawan santan
  • Setengah cawan air pandan
  • Dua setengah tepung jagung
  • Pewarna hijau
  • Setengah sudu kecil garam.

Bahan C (untuk dimasak)

  • 1 setengah cawan santan
  • 1 setengah cawan gula
  • 1 setengah tepung gandum
  • Setengah sudu kecil garam.

Cara-Cara Penyediaan Resepi Kuih Nona Manis

Cara-cara penyediaan untuk bahagian hijau

  • Masukkan kesemua bahan B di dalam periuk dan kacau dengan perlahan di atas api.
  • Kacau semua sehingga pekat sekata dan sejukkan.
  • Kisar halus kemua bahanA dan bahan B di dalam blender selepas disejukkan.
  • Tuang adunan hijau ke dalam botol sos.

Cara-cara penyediaan untuk bahagian putih

  • Masukkan gula, tepung gandum, garam dan santan. Kacau sampai pekat di atas api yang perlahan. Tuang adunan tersebut ke dalam botol sos.

Cara-cara penyediaan untuk aduan kuih nona manis di acuan:

  • Sapukan acuan lompang tersebut dengan sedikit minyak.
  • Tuang adunan yang berwarna hijau ¾ ke dalam acuan tersebut.
  • Picit adunan putih di tengahnya. Picit sehingga bahagian tengah kuih terseut terbentuknya bulat yang berwarna putih.
  • Kukus dalam anggaran 10-13 minit jika menggunankan acuan yang besar. Jika acuan yang kecil boleh dikukus selama 8-10 minit.
  • Bila sudah masak, keluarkan kuih tersebut daripada acuan.
  • Sejukkan kuih tersebut sebelum dihidang.

Tips:

  • Boleh menggunakan lidi untuk mengeluarkan kuih tersebut daripada acuan

Selamat mencuba resepi ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × one =