resepi dan masakan mee kari

Resepi Mee Kari Yang Mudah dan Lazat

Bagaimanakah cara untuk menyediakan masakan resepi Mee Kari yang lazat? Artikel ini akan membincangkan dengan mudah dan cepat cara masakan mee kari yang anda boleh lakukan di rumah.

Pengenalan Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari merupakan salah satu masakan yang terkenal dan selalu di masak oleh orang Malaysia.

Boleh dikatakan penyediaan Mee Kari adalah sedikit kompleks kerana perlu menyediakan bahan yang pelbagai disamping mempunyai bahan hiasan yang perlu ditabur di atas hidangan tersebut.

Dan inilah yang menjadikan rasa unik disebabkan kombinasi dan gabungan bahan-bahan tersebut. Jom kita baca dan buat

Masa untuk Memasak: 20-30 minit
Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan-bahan Masakan Mee Kari

Bahan Asas

  • 500g Mee Kuning
  • 250g ayam yang dipotong kecil
  • 500g kerang yang direbus serta diasingkan isinya
  • 150g udang yang dibuang kulinya
  • 1 cawan air rebusan kulit udang
  • 7-10 biji bebola ikan
  • 3 keping fish cake
  • 2 sudu besar rempah kari yang dibancuh menjadi larutan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • Setengah biji kentang atau setengah biji keledek merah yang direbus dan dilenyekkan halus
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair

Bahan untuk ditumis

  • 1 batang kayu masni
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih

Bahan yang perlu dikisar halus

  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 batang serai yang dihiris
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 5 tangkai ciri kering yang direbuskan dan diasingkan daripada air rebusan
  • 1 sudu besar undang kering. Rendamkan terlebih dahulu sehingga lembut
  • Kisarkan semua bahan ini

Bahan sebagai hiasan

  • 2 biji telur rebus yang dipotong 2
  • 1 tangkai sawi, yang dipotong
  • Bawang goreng
  • Limau Kasturi
  • Taugeh
  • Daun bawang yang dihiris
  • Cilir merah yang dihirs
  • Tauhu kering yang digoreng

Cara Penyediaan Resepi Mee Kari

1. Penyediaan Mee kuning

  • Panaskan air kosong terlebih dahulu sehingga mendidih.
  • Celurkan mee kuning dalam 30 saat hingga ke 1 minit
  • Angkat dan tapiskan mee tersebut untuk membuang air rebusan

2. Penyediaan Kuah Mee kari

  • Panaskan minyak dahulu. Jangan terlalu panas
  • Masakkan bahan untuk tumis tadi. Gaul bahan tersebut hingga naik bau
  • Masukkan bahan yang dikisar halus bersama rempah kari yang pekat
  • Masak dan kacau bahan tersebut hingga sederhana garing dan pecah minyak
  • Masukkan ayam dan kacau
  • Apabila ayam sudah separuh masak, masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah ini sehingga ia mendidih
  • Setelah itu, masukkan bebola ikan, kek ikan, udang, kerang berserta asam gelugor, santan pekat dan kentang lenyek(ataupun keledek).
  • Kacau kuah secara berterusan agar santan tidak pecah minyak
  • Tambah galam dan gula secukup rasa

3. Penyediaan bahan hiasan

  • Masukkan mee kuning dan kuah ke dalam satu bekas
  • Tabur bahan-bahan hiasan tadi ke atas mee kari tersebut
  • Makanan sudah sedia dihidang

Tips berguna

  • Apabila kuah kari sudah siap, buang asanm keping agar kuah tidak menjadi terlalu masam