resepi bubur lambuk

Resepi Bubur Lambuk Yang Enak dan Lazat

Bagaimanakah cara untuk menyediakan masakan resepi Bubur Lambuk yang lazat? Artikel ini akan membincangkan dengan mudah dan cepat cara masakan mee kari yang anda boleh lakukan di rumah.

Pengenalan

Bila sebut tentang Bubur Lambuk, mungkin ramai yang akan teringat dengan bulan Ramadhan. Manakan tidak, hampir di setiap masjid akan menyajikan Bubur Lambuk sebagai juadah wajib untuk berbuka puasa.

Sekiranya anda rindu untuk menjamu Bubur Lambuk, jangan risau kerana kami ada solusinya! Ikuti resepi mudah Bubur Lambuk yang kami sediakan khas untuk para penggemar menu ini.

Masa untuk memasak: 45 minit

Jumlah hidangan: 3 orang

Bahan-bahan Resepi Bubur Lambuk

Bahan Asas

  1. 1 atau 2 pot beras
  2. Rempah 3 sekawan
  3. 200-300 gram daging atau ayam (dah siap rebus)
  4. 1 paket perencah sup
  5. 3 biji bawang merah dikisar
  6. 2 ulas bawang putih dikisar
  7. 1/2 biji bawang holland dikisar
  8. 1/2 inci halia dikisar
  9. 1 kotak santan 200 ml
  10. 1 biji kentang (potong dadu)
  11. 1/2 biji lobak merah (potong dadu)
  12. 2 cawan kacang kuda rebus (pilihan)
  13. Garam dan gula
  14. Minyak menumis

Bahan sebagai hiasan:

  1. Bawang goreng
  2. Daun sup

Cara penyediaan Bubur Lambuk

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan perencah sup.
  2. Masukkan daging/ayam dan beras ke dalam kuali. Masukkan air sehingga beras kembang. ( jangan lupa kacau)
  3. Masukkan kentang, lobak merah dan kacang kuda.
  4. Masukkan santan, jaga api, masukkan santan sedikit demi sedikit. Sila tambah air kalau perlu untuk pastikan beras kembang dan cepat masak.
  5. Kemudian, bubuh serbuk lada hitam sedekit (sekiranya perlu)
  6. Apabila semua bahan sudah masak dan nampak beras jadi bubur dah, boleh letakkan garam dan gula.
  7. Bubur lambuk sedia dinikmati.

Penyediaan bahan hiasan

  1. Letakkan bubur lambuk dalam mangkuk
  2. Taburkan bawang goreng dan daun sup
  3. Siap untuk dihidang!

Tips

Bubur tidak perlu terlalu pekat atau terlalu cair. Terlalu pekat akan membuatkan bubur ini susah untuk dimakan. Terlalu cair pula akan menyebabkan rasanya tidak cukup.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 8 =