Bagaimanakah cara untuk menyediakan hidangan Mee Goreng yang lazat? Artikel ini akan menjelaskan resepi hidangan mee goreng dengan mudah, cepat dan boleh dilakukan di rumah anda.
Pengenalan Resepi Mee Goreng
Mee Goreng merupakan salah satu hidangan tempatan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia merupakan hidangan yang tidak mempunyai batasan waktu kerana ia boleh disediakan sama ada pada waktu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam.
Penyediaan mee goreng tidaklah terlalu kompleks. Ianya mungkin berbeza dari segi bahan-bahan, jenis protein (daging, ayam, udang) dan sayur-sayuran dari setiap resepi yang berbeza.
Nikmatilah resepi dari gabungan bahan-bahan tersebut.
Masa penyediaan: 15-20 minit
Jumlah Hidangan: 5orang
Bahan-Bahan Masakan Mee Goreng
- minyak masak
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 ketul isi ayam (dada)
- 1-2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos tomato
- 4-5 sudu besar kicap manis
- 7-8 ekor udang yang telah dibuang kepala
- 2 keping kek ikan
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- batang sawi
- 1 biji tomato
- 1 pek/500g mee kuning
- 1 biji telur
- sedikit serbuk lada sulah
- daun sawi
- 300g taugeh
- 2 biji limau nipis
Bahan sebagai hiasan
- batang sawi
- 1 biji tomato
- daun sawi
- 300g taugeh
- 2 biji limau nipis
- 2 tangaki cili merah
1.Cara penyediaan mee goreng.
- Kisar halus 4 ulas bawang putih.
- Dada ayam hendaklah dipotong dadu Bersama-sama fich cake dan juga sawi.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang telah dikisar tadi sampai warna kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan isi ayam kemudian gaul sampai isi ayam menjadi separuh masak.
- Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan sos tomato mengikut sukatan yang telah diberikan.
- Masukkan udang dan kacau sehingga udang tersebut kelihatan separuh masak.
- Selepas itu, tambahkan fish cake yang telah dipotong kecil dan sedikit air dan lada sulah ke dalam masakan.
- Masukkan batang sawi dan tomato yang telah dipotong.
- Masukkan mee kuning yang telah dicelur dengan air panas.
- Tambahkan telur dalam kuali dan sidekit lada hitam ditabur di tas telur tersebut.
- Kacau hidangan mee goreng tersebut serta hancurkan telur yang bru diamsukkan tadi.
- Tambahkan daun sawi dan taugeh yang telah dibasuh bersih didalam masakan.
2.Penyediaan bahan hiasan
- Hidangkan mee goreng di dalam pinggan
- Hiaskan dengan cili potong dan limau nipis
Tips:
- Boleh juga hidangkan bersama timun dan sos cili untuk menikmati hidangan anda.
Oleh saiful