resepi rangoon crab

Resepi Rangoon Crab Viral Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi rangoon crab yang sedap? Jika anda ikuti video-video yang viral di aplikasi Tiktok, anda sudah tentu perasan ada satu resepi viral dan menjadi kesukaan ramai iaitu resepi rangoon crab. Menu yang sedap dan simple ini berasal daripada Thailand. Ia juga sesuai dihidangkan untuk semua peringkat usia terutama kanak-kanak.

Pengenalan

Rangoon crab merupakan hidangan yang boleh dijadikan kudapan semasa santai dan minum petang. Ia juga mudah dan cepat untuk disediakan kerana bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak. Jika anda sukakan cheese, anda patut mencuba resepi yang istimewa ini. Namun, jangan letak cream cheese terlalu banyak walaupun anda menyukainya kerana ini akan membuatkan rangoon crab anda menjadi cepat muak apabila dimakan. Anda juga boleh menyediakan rangoon crab bersama sos pencicah cili Thai. Mari kita cuba buat resepi yang enak ini untuk seisi keluarga di rumah.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Rangoon Crab

  • 1 paket kulit wantan
  • 1 paket cream cheese jenama Tatura (saiz kecil)
  • 2 sudu mayonis
  • 1 paket crab stick (dipotong 1 cm)
  • 1 batang daun bawang (dipotong 1cm)
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit lada sulah Ajinomoto
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara Memasak Resepi Rangoon Crab

  1. Potong crab stick dan daun bawang. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk, masukkan cream cheese. Pastikan cream cheese sudah lembut pada suhu bilik.
  3. Kemudian, campurkan dengan crab stick dan daun bawang yang dipotong tadi. Gaulkan sebati.
  4. Kemudian masukkan mayonis, sedikit minyak bijan (dalam 1-2 sudu kecil) dan lada sulah. Gaulkan sebati kesemuanya.
  5. Kemudian letakkan ditengah-tengan kulit wantan segi empat. Dan tutupkan kulit. Lekatkan dengan menggunakan sedikit air.
  6. Panaskan minyak, goreng rangoon crab dalam minyak yang banyak. Setelah kekuningan dan garing, boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidang bersama sos cili Thai.

Tips Masakan:

  • Pastikan daun bawang dan crab stick tidak basah supaya isi rangoon crab tidak terlalu cair dan terkeluar daripada lipatan kulit wantan.
  • Sapu sedikit air untuk melekatkan kulit wantan agar tidak terbuka semasa menggoreng.
  • Boleh tambahkan sedikit cili flakes jika anda mahukan versi pedas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 + 17 =