resepi nasi goreng butter

Resepi Nasi Goreng Butter Di Kayangan

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi nasi goreng butter yang sedap? Nasi goreng butter merupakan nasi goreng sesuai untuk dihidangkan untuk seisi keluarga termasuk golongan kanak-kanak. Nasi goreng butter boleh dimasak untuk hidangan sarapan pagi atau makan malam. Ia juga amat mudah, cepat dan lazat. Jika hendak pergi berkelah, nasi goreng butter ini sesuai untuk dibawa bekal untuk makan bersama-sama.

Pengenalan

Elemen utama dalam menu nasi goreng butter adalah butter itu sendiri atau mentega. Jika anda mahukan nasi goreng yang lebih sedap, anda hendaklah menggunakan butter yang asli atau pure butter seperti jenama Anchor, Emborg atau Tatura. Dengan menggunakan butter yang asli, aroma butter akan meresap ke dalam nasi yang digoreng. Kebanyakkan kanak-kanak amat sukakan nasi goreng butter ini kerana ia mempunyai rasa butter yang berlemak dan sedap. Bahan-bahan lain yang diperlukan untuk membuat nasi goreng butter juga tidak banyak. Mari kita cuba memasak nasi goreng butter ini di rumah untuk santapan seisi keluarga.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Nasi Goreng Butter

  • 5 senduk nasi putih
  • Separuh bongkah butter (jenis tidak masin atau unsalted)
  • 3 biji telur (dipukul sehingga kembang)
  • Sedikit Brokoli (dipotong kecil)
  • Sedikit butiran jagung manis
  • Garam secukupnya
  • Sedikit lada sulah Ajinomoto (optional)

Cara-Cara Untuk Memasak Resepi Nasi Goreng Butter

  1. Mula-mula, panaskan butter dalam kuali sehingga mencair dan panas. Jangan biarkan terlalu lama supaya butter tidak hangit.
  2. Kemudian masukkan telur, biarkan seketika kemudian kacau dan hancurkan.
  3. Setelah itu, masukkan nasi putih, garam, brokoli dan jagung. Kecilkan api, gaul rata kesemuanya. Rasa sedikit, jika kurang masin boleh tambahkan garam.
  4. Akhir sekali taburkan lada sulah dalam anggaran 2 sudu kecil. Gaulkan, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Boleh tambahkan cili padi merah yang ditumbuk jika mahu pedas. Masukkan setelah telur hancur dalam kuali.
  • Boleh taburkan bawang goreng atau bawang putih goreng atas nasi goreng.
  • Boleh gantikan brokoli dengan lobak merah, putik jagung atau bunga kobis.

Resepi Pelbagai Nasi Goreng

Nasi Goreng BelacanNasi Goreng USA
Nasi Goreng ThaiNasi Goreng Tomyam
Nasi Goreng AyamNasi Goreng Cendawan
Nasi Goreng Daging MerahNasi Goreng Kampung
Nasi Goreng PattayaNasi Goreng Lada Kering

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + two =