Resepi ayam goreng kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Menyelerakan

Bagaimanakah cara untuk memasak resepi ayam goreng kunyit yang sedap? Ayam goreng kunyit atau ada juga yang memanggilnya sebagai ayam kunyit cincang merupakan menu yang menjadi tarikan ramai kerana rasanya yang enak walaupun ia masakan yang ringkas.

Pengenalan

Ayam goreng kunyit merupakan menu yang terdiri daripada ketulan kecil ayam yang digoreng bersama sedikit sayur-sayuran. Selalunya menu ini boleh didapati di kedai masakan Thailand. Ayam goreng kunyit sering dihidangkan bersama nasi putih dan sambal belacan. Ada juga yang menambah telur mata goreng dan kicap manis bersama dengan hidangan ini.

Pembuatan resepi ayam goreng kunyit ini amat mudah dan ringkas. Anda boleh cuba memasaknya di rumah untuk seisi keluarga. Mari kita cuba resepi yang istimewa ini.

Masa penyediaan: 15-20 minit

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan Asas

  • 500g Isi ayam bahagian dada dipotong dadu.
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 3 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 biji bawang holland dipotong bulat
  • 5 batang kacang panjang yang dipotong
  • Bunga kobis yang telah dipotong kecil
  • 1 batang lobak merah dipotong memanjang
  • 1 batang cili merah
  • 3 sudu kecil garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-Cara Penyediaan Resepi Ayam Goreng Kunyit

  1. Mula-mula, masukkan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili dan garam dalam satu mangkuk. Kacau rata hingga sebati. Ambil 1 sudu untuk digaul dalam sayuran nanti, selebihnya campurkan ke dalam isi ayam.
  2. Gaul isi ayam dengan serbuk campuran tadi bersama dengan kicap dan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk. Perap selama 15 minit.
  3. Untuk sayuran yang dipotong, letakkan dalam bekas berasingan. Masukkan bersama bawang holland dan hirisan cili merah. Gaulkan semua dengan 1 sudu besar serbuk campuran tadi hingga sekata. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak, goreng ayam secara deep fry. Pastikan minyak menenggelamkan ayam supaya ayam jadi rangup di luar.
  5. Setelah selesai goreng ayam dan angkat, gorengkan bawang putih yang dicincang kasar sehingga kekuningan, kemudiang masukkan campuran sayur tadi. Goreng sehingga layu. Angkat dan toskan.
  6. Campurkan ayam goreng dan sayur goreng. Siap untuk dihidangkan.

Tips:

  • Untuk mendapakan tekstur ayam yang lembut dan tidak terlalu hangit, perlulah mengawal api dan sentiasa kacau semasa menggoreng ayam tersebut.
  • Untuk memastikan tekstur ayam rangup, jangan goreng semua isi ayam sekali gus sehingga memenuhi kuali. Goreng separuh isi ayam dahulu.
  • Boleh dihidangkan bersama sambal belacan, telur mata dan kicap manis.
  • Boleh juga masukkan sedikit daun kari semasa menggoreng sayur.

Selamat mencuba resepi ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + twelve =