Resepi ayam goreng berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Lazat

Bagaimanakah cara untuk menyediakan masakan resepi ayam goreng berempah yang lazat? Artikel ini akan membincangkan cara masakan ayam goreng berempah yang lazat dan boleh dihidangkan bersama nasi putih untuk makan tengah hari atau makan malam.

Pengenalan

Ayam Goreng Berempah merupakan salah satu makanan yang digemari ramai. Ia menggabungkan pelbagai rempah yang diperap bersama ayam untuk memastikan rempah-rempah tersebut meresap ke dalam ayam yang akan dimasak. Apabila ia dimasak, pelbagai bau rempah akan keluar dan hasilnya adalah sangat sedap kerana ia mempunyai rasa aroma daripada pelbagai rempah tadi.

Ayam goreng berempah juga sesuai dinikmati bersama nasi putih, kuah kari, sambal belacan dan timun. Ada juga yang menyediakannya bersama nasi beriani. Terpulang kepada anda untuk menyediakan hidangan yang istimewa ini. Tambahan, hidangan ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya yang kurang pedas.

Ikuti artikel ini untuk ketahui cara untuk memasak ayam goreng berempah yang enak untuk seisi keluarga.

Resepi ayam goreng berempah

Masa untuk memasak: 45 minit

Jumlah hidangan: 3-5 orang

Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah:

  • 8 ketul bahagian ayam (ikut kesukaan)
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 inci halia
  • 6 batang serai (lagi banyak lagi wangi gorengan ayam)
  • 2 inci lengkuas
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
  • 4 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar kicap
  • 3 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 4 tangkai daun kari
  • Minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan Resepi Ayam Goreng Berempah

  1. Mula-mula, gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili dan kicap. Perapkan seketika.
  2. Kemudian, kisar bawang putih, bawang merah, halia, serai, lengkuas, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, 2 tangkai daun kari dan garam. Kisar semuanya sehingga halus.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam ayam yang diperap tadi. Gaul sehingga sebati.
  4. Panaskan minyak dalam kuali sehingga ia betul-betul panas, kemudian masukkan ayam. Goreng secara deep fry. Pastikan ayam tenggelam dalam minyak.
  5. Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sekata. Ayam yang sudah masak warnanya bertukar perang gelap.
  6. Setelah goreng semua ayam, baki bahan perapan ayam tadi diperah hampasnya hingga kering air. Kemudian goreng hampas tersebut bersama daun kari. Taburkan ia ke atas ayam yang dah digoreng tadi.

Tips:

  • Boleh juga perap ayam dalam sejam dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap.
  • Pastikan minyak goreng dapat menenggelamkan ayam atau dipanggil kaedah deep fry.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + thirteen =