resepi sagu gula melaka

Resepi Sagu Gula Melaka Kegemaran Ramai

Bagaimanakah cara untuk membuat hidangan sagu gula melaka yang sedap? Sagu sering digunakan dalam pelbagai resepi pencuci mulut atau menjadi hidangan pembuka selera. Antara menu yang menggunakan sagu adalah seperti kuih sagu merah, bubur jagung, bubur kacang hijau dan kuih talam tokyo.

Pengenalan

Sagu gula melaka adalah sejenis hidangan yang menggabungkan sagu, santan dan gula melaka. Hidangan ini sangat sesuai dimakan apabila sejuk. Di bulan puasa, hidangan ini sangat sesuai dijadikan makan pembuka selera semasa berbuka puasa. Selain itu, sagu gula melaka juga amat mudah untuk disediakan. Dengan rasa lemak manis dan masin yang cukup, hidangan ini pasti membuatkan anda tidak jemu untuk menikmatinya berkali-kali. Mari kita pelajari cara-cara untuk menyediakan hidangan sagu gula melaka yang lazat ini.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan Untuk Sagu

  • 1 cawan biji sagu kecil (putih)
  • 1 liter air
  • Pewarna makanan mengikut citarasa
  • 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Bahan Untuk Air Gula Melaka

  • 1 ketul gula melaka ( hiris kecil dan nipis supaya mudah larut)
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Bahan Untuk Kuah Santan

  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1/4 sudu teh garam

Cara-Cara Untuk Menyediakan Resepi Sagu Gula Melaka

Untuk Sagu

  1. Biji sagu direndamkan lebih kurang 30 minit. Toskan biji sagu setelah direndam.
  2. Didihkan air bersama daun pandan. Kemudian, masukkan biji sagu yang telah direndam tadi.
  3. Masak sagu sehingga ia bertukar jernih dan warna putih hilang.
  4. Tapiskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk mengelakkan ia melekat-lekat.
  5. Bahagikan sagu yang telah dimasak kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut kegemaran dan kacau sebati. Masukkan ke dalam bekas berasingan dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Untuk Air Gula Melaka

  1. Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga gula larut dan pekat.
  2. Tapiskan air untuk membuang serbuk-serbuk lebihan gula melaka dan biarkan air gula menjadi sejuk.
  3. Simpan air gula dalam peti sejuk untuk disejukkan.

Untuk Kuah Santan

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Panaskan di atas api sederhana sehingga sedikit mereneh. Tidak perlu dididihkan.
  3. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.

Untuk menghidang: curahkan kuah santan dan air gula melaka ke atas sagu campuran pelbagai warna.

Tips Berguna:

  • Boleh letakkan ais jika tidak sempat disejukkan dalam peti sejuk.
  • Boleh gantikan santan dengan susu kotak fresh milk atau susu sejat. Namun, santan lebih sedap dan rasa berlemak.
  • Boleh tambah dengan puding jeli dan buah dalam tin untuk lebih enak mengikut citarasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − 10 =