resepi koktail buah

Resepi Koktail Buah yang Sedap dan Segar

Resepi koktail buah sangat popular dijadikan sebagai pencuci mulut kerana rasanya yang segar dan sedap. Rasa susu yang lemak berkrim menambahkan lagi rasa yang enak. Hidangan pencuci mulut ini sesuai dihidankan pada majlis rumah terbuka, parti hari jadi mahupun hari raya.

Koktail buah ini sangat sedap dimakan ketika sejuk. Untuk lebih enak, ada satu bahan rahsia yang anda boleh tambahkan untuk mendapatkan rasa yang lebih enak dan berlemak.  Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menyediakan koktail buah yang berlemak dan segar.

Pengenalan

Koktail buah ini merupakan sejenis hidangan pencuci mulut yang amat mudah untuk dihasilkan kerana tidak perlu dimasak di atas dapur mahupun dbakar di dalam ketuhar ataupun dikukus di dalam pengukus. Anda hanya perlu tuangkan semua bahan dalam satu bekas dan siap untuk dihidangkan.  Rasanya, berlemak dan manis dengan rasa buah koktail yang pelbagai begitu menyegarkan. Oleh itu, anda juga boleh mencuba untuk menghasilkan koktail buah ini  di rumah dengan berpandukan resepi di bawah.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Koktail Buah yang Berlemak dan Segar

Bahan-bahan Koktail Buah

  • 1 tin besar buah koktail
  • 1 pek jeli sumi
  • 1 bekas nata de coco
  • 1 tin besar laici
  • 1/2 tin susu pekat manis (bergantung kepada rasa manis yang dikehendaki)
  • 2 tin susu cair
  • 250 mL krim putar (jika perlu untuk menghasilkan rasa yang lebih sedap dan berlemak)

Cara- cara menyediakan koktail buah

  1. Di dalam bekas yang besar dan seeloknya bekas koktail, masukkan buah koktail, nata de coco, jeli sumi dan laici. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Jikalau anda tidak mahu rasa yang masam, anda boleh tapis dan buang terlebih dahulu air buah koktail. Tetapi saya tidak buah air buah koktail itu kerana saya sukakan keseimbangan rasa manis dan masam tersebut.
  2. Kemudian, tuangkan pula susu pekat manis, susu cair dan krim putar ke dalam bekas yang sama digunakan tadi. Kacau semua bahan sebati agar semua rasa menjadi sekata.
  3. Selepas itu, anda rasa terlebih dahulu air koktail yang telah disediakan itu. Jikalau anda inginkan lebih rasa manis, anda boleh tambahkan lagi susu pekat manis.
  4. Apabila ingin dihidangkan nanti, tambahkan ais ketul untuk rasa koktail buah yang sejuk dan menyegarkan.
  5. Selamat mencuba.

Tips berguna :

Anda boleh menambahkan bahan-bahan lain yang anda inginkan seperti buah naga, buah mangga mahupun puding. Atau anda mahu meletakkan bahan asasa sahaja seperti buah koktail, susu cair dan susu pekat sahaja pun boleh. Bergantung kepada selera dan keinginan anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine + 9 =