resepi bihun goreng

Resepi Bihun Goreng Yang Sedap dan Lazat

Hidangan yang sangat popular selain nasi lemak pada waktu sarapan pagi ialah bihun goreng. Artikel pada kali ini akan menjelaskan resepi bihun goreng yang simple namun rasanya sangat sedap dan menyelerakan.

Pengenalan Resepi Bihun Goreng

Bihun goreng merupaan salah satu masakan tempatan di Malaysia yang dihidangkan terutamanya pada waktu pagi. Ia juga kadangkala dihidangkan untuk menjamu tetamu yang datang. Hal ini kerana, proses masakan yang sangat simple dan bahan-bahan yang mudah. Nikmatilah resepi bihun goreng yang menyelerakan ini.

Masa penyediaan: 15-20 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan-Bahan Masakan Bihun Goreng

  • 1 bungkus bihun yang telah direndam di dalam air.
  • 1 mangkuk isi ayam atau udang/ sotong
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar cili kisar
  • Kicap manis
  • Sayur sawi
  • Garam
  • Serbuk secukup rasa

Bahan-Bahan dihiris nipis atau dikisar

  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah

Bahan sebagai hiasan

  • Telur dada yang dipotong kecil
  • Bawang goreng
  • Cili merah

Cara Masak Bihun goreng

1. Cara penyediaan bihun goreng.

  • Panaskan minyak yang secukupnya didalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar.
  • Masak sehingga pecah minyak dan masukkan isi ayam dan udang.
  • Kacau sehingga isi ayam masak dan masukkan sos tiram, kicap manis dan sos cili.
  • Masukkan sawi dan bihun serta sedikit air.
  • Kacau sehingga bahan-bahan tadi sebati dan bihn menjadi lembut.
  • Akhir sekali, masukkan garam dan secukup rasa mengikut citarasa anda.

2. Penyediaan bahan hiasan

  • Goreng telur dadar dan potong kecil serta letakkan di atas masakan
  • Hiaskan dengan cili potong, dan bawang goreng untuk mencantik dan menaikkan rasa masakan ini.

Tips:

  • Jangan masukkan air yang berlebihan kedalam masakan kerana dikuatiri bihun akan menjadi lembik dan mudah hancur.

Diharapkan artikel masakan bihun goreng ini dapat memberikan maklumat yang berguna kepada para pembaca untuk menghasilkan masakan yang benar-benar sedap.

Selamat mencuba resepi bihun goreng ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × one =