resepi kuey teow goreng

Resepi Kuey Teow Goreng Sedap dan Lazat

Salah satu hidangan sarapan pagi yang menyelerakan adalah resepi kuey teow goreng. Ingin tahu cara masakan kuey teow goreng yang sedap dan mneyelerakan ini bole rujuk artikel di bawah.

Pengenalan Resepi Kuey Teow Goreng

Kuey Teow merupakan sejenis mee yang sangat popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada mee beras yang leper dan digoreng dengan haba yang tinggi bersama bahan-bahan sos yang lain. Ianya bole didapati disetiap restoran yang menyediakan masakan panas selain bole dimasak sendiri dirumah. Nikmatilah resepi kuey teow goreng yang simple dan sedap ini.

Masa penyediaan: 15 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan-Bahan Masakan Kuey Teow Goreng

Bahan Asas

  • 1 bungkus kuey teow yang telah dibasuh bersih.
  • 1 mangkuk isi ayam atau udang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar cili kisar
  • Kicap manis
  • Daun kucai
  • Taugeh
  • Garam
  • Serbuk secukup rasa

Bahan-Bahan dihiris nipis atau dikisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah

Bahan sebagai hiasan

  • Bawang goreng
  • Cili merah

Cara Masak Kuew Teow Goreng

1. Cara penyediaan kuey teow goreng.

  • Panaskan minyak yang secukupnya didalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar.
  • Tumis sehingga naik bau dan masukkan udang atau isi ayam.
  • Masukkan sos tiram, kicap manis dan pecahkan 1 biji telur.
  • Kacau sehingga telur hancur dan masukkan kuey teow yang telah dibasuh tadi.
  • Masukkan daun taugeh, daun kucai, garam dan secukup rasa mengikut citarasa anda.
  • Kacau masakan sehingga semua sebati selama 3-5 minit dan makanan siap dihidang

2. Penyediaan bahan hiasan

  • Hiaskan dengan cili potong, dan bawang goreng. Ia pasti akan menaikkan lagi rasa kuey teow goreng tersebut

Tips:

  • Pastikan kuey teow diceraikan satu persatu semasa dibasuh untuk mengelakkan daripada kuey teow tersebut bergumpal di dalam masakan kita. Jika ia bergumpal, ia akan menyebabkan terdapat bahagian keoy teow yang tidak bercampur sebati dengan bahan-bahan tadi dan ini menyebabkan rasa kuey teow kurang sedap

Selamat mencuba resepi kuey teow goreng ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 1 =