resepi char kuey teow

Resepi Char Kuey Teow Yang Lazat dan Enak

Salah satu hidangan yang paling cepat disediakan tetapi sangat meneyelerakan dan menjadi kesukaan orang Malaysia ialah resepi char kuey teow. Artikel ini akan membincangkan cara-cara penyediaan char kuey teow yang lazat.

Pengenalan Resepi Char Kuey Teow

Char kuey teow ialah makanan yang sangat popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow yang leper dan kira-kira 1 cm lebar. Ia digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos cili, udang, kerang, telur, taugeh dan daun kucai. Makanan ini sangat popular pada waktu malam sama ada di restoran melayu mahupon di pasar malam dan warung. Jom kita belajar untuk mask masakan ini dan diharakan anda boleh nikmati resepi char kuey teow yang lazat ini.

Masa penyediaan: 10 minit

Jumlah Hidangan: 4 orang

Bahan-Bahan Masakan Char Kuey Teow

Bahan Asas

  • 1 pek kuey teow yang telah dibasuh bersih dan ditoskan.
  • 1 mangkuk udang
  • 1 mangkuk isi kerang
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Daun kucai
  • Taugeh
  • Sedikit air
  • Garam
  • 1 biji telur

Bahan-Bahan dihiris nipis atau dikisar

  • 6 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah

Bahan sebagai hiasan

  • Bawang goreng
  • Cili jeruk

Cara Masak Char Kuey Teow

1. Cara penyediaan char kuey teow.

  • Panaskan minyak yang secukupnya didalam kuali dan goreng udang sehingga kulitnya bertukar menjadi warna merah.
  • Tumiskan bawang putih, bawng merah dan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, kerang dan sedikit garam.
  • Tambahkan sedikit air dan kacau semua sehingga sebati.
  • Masukkan kuey teow, daun taugeh dan daun kucai, Kacau sehingga semua sebati
  • Pecahkan 1 biji telur dan kacau masakan sehingga telur pecah.

2. Penyediaan bahan hiasan

  • Hiaskan dengan cili jeruk dan bawang goreng.

Tips:

  • Char kuey teow yang dimasak hanya untuk portion seorang lebih sedap berbanding untuk hidangan yang ramai.

Selamat mencuba resepi char kuey teow ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − 9 =