resepi agar-agar santan

Resepi Agar-agar Santan yang Enak dan Mudah

Resepi agar-agar santan merupakan sejenis hidangan pencuci mulut yang sangat sedap dan sentiasa menjadi pilihan pencuci mulut tradisional yang terkenal dalam kalangan orang lama-lama. Malahan, pencuci mulut ini juga telah menjadi pilihan serata umur tidak kira umur.

Agar-agar ini enak dimakan ketika sejuk pada musim panas malahan sesuai dijadikan pencuci mulut ketika majlis keramaian seperti sambutan hari jadi atau majlis rumah terbuka. Di samping mudah untuk dihidangkan, ia juga amat mudah untuk disediakan. Agar-agar santan ini mempunyai pelbagai jenis variasi. Antara yang popular adalah agar-agar santan pandan dengan aroma pandan dan berwarna hijau. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan agar-agar santan yang enak dan mudah.

Pengenalan

Agar-agar merupakan hidangan pencuci mulut yang sangat popular dan sentiasa menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk dihidangkan pada majlis keramaian. Agar-agar mempunyai rasa yang manis, pelbagai jenis perasa dan pelbagai warna. Pencuci mulut ini sesuai dimakan ketika sejuk. Agar-agar yang akan saya kongsikan resepi adalah agar-agar santan yang masih popular dalam kalangan orang dulu-dulu. Anda juga boleh hasilkan sendiri di rumah kerana cara penyediaannya amat mudah. Oleh itu, saya akan kongsikan resepi agar-agar santan seperti di bawah.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan Agar-agar Santan yang Enak dan Mudah

Bahan-bahan Agar-agar Santan

  • 1 paket agar-agar bertali (25 gram)
  • 1 1/2 liter air masak
  • 1 1/4 cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air daun pandan ( kisarkan 5-6 helai daun pandan bersama 1 cawan air kemudian tapiskan dan masukkan 1 cawan air masak)
  • Sedikit pewarna makanan hijau
  • 1 biji telur gred A

Cara- cara menyediakan Resepi agar-agar santan

1. Di dalam periuk, masakkan agar-agar tali bersama 1 1/2 liter air dan air daun pandan sehingga larut dengan api yang sederhana dan sentiasa kacau. Setelah agar-agar larut, masukkan gula pasir dan sedikit pewarna makanan hijau. Sambung kacau lagi sehingga gula pasir larut. 

2. Di dalam bekas yang berasingan, masukkan santan, garam dan telur. Pukul perlahan adunan sehingga semua sebati.

3. Apabila adunan di dalam periuk mendidih, masukkan adunan santan yang telah dipukul bersama telur dan garam ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih. Kemudian, matikan api.

4. Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam loyang petak ataupun bulat. Sejukkan seketika sehingga suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan ia mengeras.Apabila agar-agar sudah mengeras, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Selamat mencuba.

Tips berguna :

Anda boleh menambahkan pewarna makanan berwarna hijau untuk mendapatkan warna yang menarik kerana warna dari daun pandan sahaja sedikit pucat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 − one =