resepi sup ikan merah

Resepi Sup Ikan Merah Perlu Cuba

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi sup ikan merah yang sedap? Sup merupakan masakan yang diminati ramai dan mudah untuk disediakan. Selain sup ayam dan sup daging, terdapat juga sup ikan. Sup ikan sesuai dinikmati bersama nasi putih untuk makan tengah hari atau makan malam.

Pengenalan

Sup ikan merupakan masakan yang enak untuk dinikmati bersama nasi putih. Jenis ikan yang sesuai dimasak sup adalah ikan merah, ikan siakap atau ikan jenahak. Kaedah memasak sup ikan sememangnya mencabar kerana jika tidak masakan ini kurang enak disebabkan rasa hanyir yang kuat. Dengan meletakkan rempah ratus serta jenis bahan untuk menambah rasa masam dalam kuah sup ikan, ia dapat memberikan rasa kuah yang umph dan kurang bau hanyir ikan tersebut.

Oleh itu, pada kali ini penulis akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk memasak sup ikan yang sedap, enak dan kurang rasa hanyir. Mari kita cuba resepi sup ikan merah yang sedap ini di rumah.

resepi sup ikan merah

Bahan-Bahan Untuk Resepi Sup Ikan Merah

  • 1 ekor ikan merah laut (disiang, buang sisik dan dipotong-potong)
  • 1 pack sup bunjut ikan adabi
  • 1 paket kecil serbuk rempah sup (dibancuh dengan air)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • Halia sebesar ibu jari (dihiris)
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 2 keping asam keping
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 3 biji cili padi
  • Sedikit Daun Sup (untuk tabur)
  • Sedikit bawang goreng (untuk tabur)
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-Cara Memasak Resepi Sup Ikan Merah

  1. Mula-mula bersihkan ikan. Lumur dengan pes asam jawa untuk menghilangkan hanyir dan bilas. Toskan ikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan sup bunjut ikan sehingga naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan tomato. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan ikan merah bersama lada sulah. Goreng ikan seketika bersama bahan tumisan.
  5. Setelah ikan sedikit masak, masukkan air secukupnya dan masukkan asam keping. Perlahankan api, biarkan sup mereneh.
  6. Setelah sup mereneh, masukkan rempah sup yang dibancuh dengan air. Kacau perlahan-lahan.
  7. Kemudian, setelah mereneh, masukkan cili padi.
  8. Selepas itu, masukkan garam secukupnya. Setelah itu, boleh tutup api. Tabur daun sup dan bawang goreng. Siap untuk dihidangkan.

Tips Masakan:

  • Boleh juga tambahkan sedikit perahan limau nipis dalam sup.
  • Pastikan kacau sup dengan perlahan supaya ikan tidak hancur.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − eight =