resepi ayam buttermilk

Resepi Ayam Buttermilk yang Mengiurkan

Terdapat pelbagai menu atau sajian lauk pauk yang menjadi kegemaran remaja-remaja pada masa kini. Salah satu sajian kegemaran mereka ialah ayam buttermilk. Artikel pada kali ini, akan mengemukakan resepi ayam buttermilk yang boleh dilakukan dirumah dan rasanya setanding dengan makanan di hotel-hotel atau restoran.

Pengenalan

Resepi ayam buttermilk ini dikatogerikan sebagai makanan barat atau western. Kita sering kali melihat sajian ini di hotel-hotel dan restoran mewah dengan harga yang agak tinggi.

Walaubagaimanapun, sebenarnya, resepi ini boleh sahaja dimasak dirumah menggunakan bahan-bahan yang senang dijumpai di pasar raya. Rasa kuah yang berlemak, creamy dan sedikit pedas membuatkan sangat sedap dimakan bersama nasi putuh atau spaghetti. Nikmatilah resepi ini.

Masa penyediaan: 20 minit

Bilangan penyediaan: 4 orang

Bahan-bahan Resepi Ayam Buttermilk

Bahan-bahan untuk ayam goreng bersalut tepung

  • 3 ketul besar isi ayam bahagian dada dipotong dadu besar. Boleh sekalikan dengan kulit jika suka.
  • Tepung bestari atau tepung goreng serbaguna untuk salut ayam.

Bahan-bahan penyediaan kuah

  • 1 tin susu cair
  • Separuh kiub mentega
  • 3 ulas bawang putih yang dicincang halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi merah dihiris nipis (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
  • 1 keping keju cheddar

Cara-Cara Penyediaan Resepi Ayam Buttermilk

Cara-Cara Membuat Ayam Goreng Bersalut Tepung

  1. Basuh ayam dengan bersih dan toskan ayam daripada air basuhan
  2. Potong dadu besar isi ayam.
  3. Salutkan isi ayam satu per satu dengan tepung goreng.
  4. Gorengkan isi ayam tersebut di dalam kuali sehingga ayam tersebut berwarna kuning keemasan.

Cara-Cara membuat kuah Buttermilk.

  1. Panaskan kuali dan cairkan mentega tersebut dengan api yang perlahan.
  2. Selepas semua mentega sudah dicairkan, masukkan bawang putih kedalam kuali tersebut dengan api yang sederhana. Kacau rata.
  3. Setelah naik bau, masukkan daun kari dan cili padi. Kacau rata.
  4. Setelah naik bau dan daun kari layu, masuk susu cair dan kacau seketika sehingga mereneh.
  5. Kemudian masukkan keju cheddar. Kacau rata hingga sebati.
  6. Setelah mereneh dan sedikit likat, masukan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata sehingga kuah menjadi pekat.
  7. Tambahkan sedikit sahaja garam jika perlu. Jika keju sudah masin, tidak perlu tambah garam.
  8. Tutup api setelah kuah buttermilk menyaluti ayam. Siap untuk dihidangkan.

Tips:

  • Boleh kawal kuantiti cili padi untuk mengelakkan terlalu pedas dan kurang sesuai untuk kanak-kanak.
  • Boleh tambah sedikit gula jika mahu rasa sedikit manis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + 15 =