Bagaimanakah cara untuk membuat kuih siput yang rangup? Sebut sahaja jenis kuih tradisional yang terkenal sepanjang zaman, sudah tentu nama kuih siput adalah antara yang terlintas di fikiran kebanyakkan rakyat Malaysia. Kuih seakan bentuk siput yang popular sejak zaman dahulu ini amatlah mudah untuk dibuat dan mempunyai rasa yang enak. Ia juga sangat sesuai untuk dijadikan kudapan bersama dengan kuih-kuih lain.
Pengenalan
Pemilihan penggunaan bahan-bahan dalam menghasilkan kuih siput amatlah penting. Pastikan bahan-bahan dipilih adalah berkualiti dan segar. Bahan seperti daun kari adalah penting untuk membangkitkan aroma kuih siput. Proses penyediaan kuih siput juga tidak lah terlalu rumit untuk dibuat. Anda hanya mengambil masa yang sedikit untuk membuatnya. Jadi pada hari ini, kami akan kongsikan kepada anda dengan satu resepi kuih siput yang mudah untuk dicuba.
Masa penyediaan : Setengah jam (30 minit)
Masa memasak : 10 minit
Bahan-Bahan untuk Resepi Kuih Siput
Bahan Bahan :
- tepung gandum,500g
- marjerin,150g
- air,150ml
- garam,1 sudu kecil
- serbuk cili, 1 sudu besar
- daun kari, 4-5 tangkai
- telur, 1 biji
- udang kering, 2 sudu besar
- jintan putih, 1 1/2 sudu besar
- jintan manis, 1 1/2 sudu besar
- rempah kari, 1 sudu besar
- bawang putih, 2 ulas yang sudah dihiris nipis
Cara-Cara untuk Membuat Resepi Kuih Siput
Cara penyediaan :
- Mula mula, panaskan kuali dan goreng bawang putih seketika.
- Setelah itu, masukkan pula udang kering dan gorengkan bersama sama di dalam kuali tadi.
- Apabila selesai menggoreng, angkat dan tumbuk halus. Setelah selesai, ketepikan seketika bahan itu
- Ambil marjerin dan cairkan.
- Kemudian, gaul pula tepung bersama dengan rempah kari, serbuk cili, jintan manis, jintan putih, bawang putih dan udang kering yang sudah ditumbuk halus tadi
- Kemudian, anda tunagkan pula marjerin yang sudah cair tadi secara sedikit demi sedikit ke ats tepung.
- Gaul seketika hingga menjadi seperti serbuk roti dan biarkan marjerin tadi menyerap
- Kemudain, ambil telur, pukul dan tuangkan ke dalam tepun tadi
- Selang selikan dengan mencurah air dan gaul semula hingga ia menjadi doh yang lembut
- Setelah itu, rehatkan seketika doh yang sudah anda buat
- Kemudian, ambil sedikit tepung dan taburkan sedikit di atas dulang
- Gentelkan doh tadi dan tekan sedikit di atas acuan kuih siput
- Apabila kuih siput sudah siap dibentuk, ulang sehingga habis doh
- Panaskan minyak dan goreng kuih siput, apabila sudah siap. Sejukkan seketika dan pindahkan kedalam bekas makanan yang kedap udara bagi mengelakkan daripada lemau dan liat.
Penambahan dan Tips Ringkas
- Goreng kuih siput tadi dengan daun kari bagi menaikkan lagi bau dan rasa kuih ini.
- Pastikan tidak menggoreng dengan api terlalu besar atau terlalu lama supaya mengelakkan kuih siput menjadi hangit.
Selamat mencuba resepi ini.
Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.