Resepi Biskut Mama Carey

Resepi Biskut Mama Carey – Biskut Lagenda Dulu dan Kini

Bagaimanakah cara untuk membuat biskut lagenda turun temurun Mama Carey? Biskut Mama Carey merupakan biskut yang unik dan menarik yang pernah terkenal pada ketika dahulu dan masih mempunyai ramai peminat sehingga ke hari ini. Keunikan hiasan pada bahagian atas biskut yang dilapisi dengan coklat putih ini memberikan tarikan tersendiri terutama dikalangan kanak-kanak. Biskut ini juga menjadi kegemaran ramai dan rebutan pada hari perayaan.

Pengenalan

Biskut Mama Carey ini adalah biskut yang mengundang nostalgia zaman kanak-kanak bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Sama seperti biskut Almond London, walaupun namanya seakan berasal dari Barat, biskut ini memberikan kenangan tersendiri pada kebanyakkan orang dan tetap menjadi pilihan pada Hari Raya. Pembuatan biskut Mama Carey ini nampak seperti rumit, namun ia sebenarnya mudah jika dipelajari. Bahan-bahannya juga mudah didapati di kedai atau pasaraya berhampiran.

Selain itu, biskut Mama Carey ini bukan hanya sesuai dibuat ketika musim perayaan, anda juga boleh menghasilkannya untuk dijadikan santapan para tetamu, hadiah tangan untuk majlis-majlis ataupun untuk kudapan anda sekeluarga. Sambil mengimbau zaman muda anda, mari kita belajar dan hasilkan biskut lagenda ini. Semoga berjaya!

Masa Penyediaan: 20 minit

Masa Memasak: 20 minit

Jumlah Hidangan: 45-48 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Mama Carey

Bahan-Bahan:

  • 200 gm mentega, premium Anchor butter
  • 100 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen Vanilla
  • 260 gm tepung red rose atau tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 50 gm susu tepung*

Bahan untuk aising (hiasan bahagian atas):

  • 1 biji telur putih
  • 90g gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit coklat emulco (untuk corak bunga)

Cara-Cara untuk membuat Resepi Biskut Mama Carey

Cara Penyediaan:

  1. Untuk membuat aising, pukul telur putih, aising dan tepung jagung sehingga sebati dan kembang. Kemudian masukkan kedalam piping paper. Ketepikan.
  2. Pastikan mentega dalam keadaan suhu bilik. Kemudian masukkan mentega dan gula aising ke dalam bekas bulat. Pukul dua bahan ini sehingga menjadi kembang dan putih.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati adunan ini. Ketepikan.
  4. Kemudian ayak tepung jagung dan tepung susu didalam bekas yang lain.
  5. Selepas diayak kedua tepung ini, masukkan kedalam bekas yang berisi adunan mentega. Masukkan sedikit demi sedikit dan ulikan campuran adunan ini sehingga menjadi doh yang lembut.
  6. Kemudian, rehatkan doh yang siap diuli didalam peti ais selama 10 hingga 15 minit.
  7. Keluarkan doh yang telah direhatkan dan tekapkan doh dengan menggunakan acuan mengikut kegemaran anda. Keluarkan doh dan terap dengan acuan kegemaran. Buat sehingga habis doh anda.
  8. Griskan tray dan letakkan baking paper pada tray anda.
  9. Letakkan doh yang siap dibentuk didalam tray dan buat sehingga habis.
  10. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 160 celcius selama 10-15 minit.
  11. Keluarkan biskut anda dan biarkan ia sejuk seketika. Pastikan biskut anda hanya masak separuh sahaja
  12. Paipkan aising yang telah dibuat tadi diatas biskut. Kemudian buat corak menggunakan chocolate emulco. Gunakan lidi untuk lorekkan corak coklat mengikut kreativiti anda.
  13. Selepas siap menghias, bakar semula selama 7-8 minit.
  14. Keluarkan dan biarkan biskut mama carie anda dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
  15. Simpan didalam bekas kedap udara supaya biskut anda tidak lemau.

Selamat Mencuba!

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − 11 =