Bagaimanakah cara untuk membuat biskut ombak rindu yang sedap dan popular ini? Nama biskut ini sebenarnya diambil daripada sebuah cerita bertajuk Ombak Rindu. Cerita ini asalnya merupakan sebuah novel hasil nukilan Fauziah Ashari dan kemudiannya dilakonkan dalam bentuk filem. Cerita ini sangat menarik berkisah tentang pengorbanan sebuah cinta. Setelah cerita ini popular di kalangan rakyat Malaysia, wujudlah satu resepi biskut baru yang dinamakan sebagai ‘Ombak Rindu’. Oleh kerana ceritanya pun menarik, biskut yang bernama Ombak Rindu juga memberi gambaran kesedapan dan kelazatan yang dimilikinya.
Pengenalan
Biskut ombak rindu ini sangat sedap kerana tekstur dia yang lembut beserta kerangupnya yang terhasil daripada kandungan cornflake yang dikisar kasar. Selain itu, potongan badam bersama coklat putih yang diletakkan diatas biskut menambahkan lagi keenakkan biskut ketika makan. Biskut ini amat digemari ramai ketika musim perayaan. Keunikan bentuk biskut ini menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah nama biskut ini. Sudah tentu anda patut memilih biskut ‘moden’ ini sebagai juadah Hari Raya bersama dengan biskut-biskut lain. Anda teruja untuk belajar cara untuk membuat biskut Ombak Rindu ini? Sudah tentu yang memakannya pasti akan terindu-rindu biskut ini. Mari kita pelajari cara-cara untuk membuat biskut Ombak Rindu.
Masa hidangan: 30-45 minit
Jumlah hidangan: 45-50 biji
Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Ombak Rindu
Bahan bahannya
- 250 gm butter
- 70 gm gula halus
- 90 gm gula perang
- Satu sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh butter flavour
- 1 sudu teh perasa moca
- 5 gm Nescafe
- 5 gm air panas
- 1 biji telur
- 330 gm tepung gandum
- 30 gm susu tepung
- 8 gm serbuk koko
- 3 gm baking Powder
- 3 gm Soda
- 200 gm choc rice
- 60 gm cornflakes
- 80 gm Almond nibs
- coklat putih
- Badam biji
Cara-Cara untuk Membuat Resepi Biskut Ombak Rindu
- Letakkan badam didalam tray dan masukkan tray yang berisi badam kedalam oven. Bakarkan badam dengan suhu 150 C selama 20-25 minit. Keluarkan dan biarkan badam yang dibakar sejuk. Ketepikan seketika.
- Masukkan air didalam periuk dan panaskan air sehingga mengelegak. Kemudian masukkan mangkuk bulat dimana kita akan cairkan coklat dengan kaedah double boiler. Masukkan coklat putih didalam mangkuk bulat. Kacau sehingga coklat cair. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
- Ayak tepung, koko, soda, serbuk penaik dan susu tepung sekaligus didalam bekas. Kemudian ketepikan.
- Gunakan bekas yang lain dan masukkan mentega dan gula. Pukul sehingga kembang dan bertukar warna putih. Kemudian masukkan vanilla, butterflavour, moca dan nescafe yang dicampur dengan air kedalam adunan tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati dan sekata.
- Kemudian masukkan campuran tepung yang sudah diayak kedalam bekas berisi adunan mentega. Masukkan sedikit sedikit diselang seli dengan menggaul adunan. Buat sehingga habis campuran tepung.
- Masukkan pula chocolate rice, ambong nibs yang sudah dipanggang dan cornflake yang dikisar kasar. Gaulkan sehingga kesemua bahan sebati dengan adunan doh tadi.
- Ambil doh dengan menggunakan sudu dan bentukkan terus diatas tray yang sudah gris dan diletakkan baking paper. Buat sehingga habis.
- Masukka tray didalam oven dan bakar dengan suhu 170 C selama 20-25 minit. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk seketika
- Pipekan coklat putih diatas biskut yang sudah sejuk dan letakkan badam diatas coklat putih.
- Biarkan selama 5-10 minit dan boleh disusun kedalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba!
Resepi Kuih Raya Lain: