resepi biskut snow almond

Resepi Biskut Snow Almond yang Lazat dan Rangup

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi biskut snow almond yang sedap? Biskut snow almond atau dikenali sebagai biskut badam salju merupakan antara biskut raya yang turut digemari ramai apabila tiba musim perayaan. Biskut ini juga merupakan antara kategori biskut raya yang unik dan ‘hipster’. Bagi peminat coklat, biskut snow almond adalah koleksi biskut raya yang wajib untuk dibuat atau dibeli semasa hari raya. Selain rasanya yang sedap, biskut snow almond juga tidak terlalu rumit untuk dihasilkan.

Pengenalan

Biskut snow almond merupakan biskut yang mengandungi badam hancur dan disaluti coklat. Biskut ini menjadi tarikan disebabkan tekstur biskutnya yang rangup dan disaluti coklat diluar. Selain itu, biskut ini juga menjadi kesukaan ramai terutamanya dikalangan kanak-kanak.

Pembuatan biskut snow almond tidaklah terlalu rumit. Bahan-bahannya juga mudah untuk didapati di kedai dan pasaraya. Jadi pada kali ini, penulis akan membawa anda untuk mempelajari cara-cara untuk membuat resepi biskut raya yang lazat ini. Mari kita pelajari cara-cara membuatnya.

Masa hidangan: 40-65 minit

Jumlah hidangan: 45-50 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Snow Almond

  • 250gm butter
  • 150gm gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 50gm serbuk badam
  • 300gm tepung gandum cap ros
  • 50gm tepung kastard
  • 50gm susu tepung
  • 40gm tepung jagung
  • coklat masakan
  • bread crumbs warna putih

Cara-Cara untuk Menghasilkan Resepi Biskut Snow Almond

  1. Masukkan butter dan gula kastor ke dalam bekas bulat. Kemudian, pukul sehingga kembang dan bertukar warna putih.
  2. Masukkan pula esen vanilla dan serbuk badam ke dalam bekas tadi. Pukul lagi sehingga menjadi gebu. Ketepikan seketika
  3. Ayakkan tepung jagung, tepung gandum, tepung susu dan tepung kastard pada bekas lain. Kemudian masukkan kedalam bekas yang berisi adunan butter tadi sedikit demi sedikit.
  4. Ulikan adunan sehingga habis campuran tepung dimasukkan dan menjadi doh yang lembut.
  5. Gunakan sudu untuk membentukkan doh biskut anda. Bentukkan diatas tray yang sudah gris dan diletakkan baking paper. Buat sehingga habis doh anda.
  6. Kemudian masukkan tray ke dalam oven dan bakar dengan suhu 140C selama 30 minit.
  7. Sementara menunggu biskut anda masak, cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.
  8. Selepas biskut anda masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk untuk seketika.
  9. Celupkan biskut yang sudah sejuk kedalam coklat yang sudah dicairkan tadi dan salutkan biskut yang sudah dicelup dengan bread crumbs. Buat sehingga habis semua biskut anda.
  10. Biarkan coklat mengeras pada biskut anda dahulu.
  11. Barulah disimpankan didalam bekas kedap udara.

Tips Berguna:

  • Gunakan pure butter untuk menambah kesedapan biskut.
  • Gunakan coklat berkualiti tinggi untuk rasa coklat yang lebih enak.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Cappucino
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + 11 =