resepi tart blueberry

Resepi Biskut Tart Blueberry yang Gebu dan Enak

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan resepi biskut tart blueberry yang gebu dan enak untuk disediakan? Biskut tart blueberry merupakan sejenis biskut raya yang divariasikan daripada biskut tart nenas. Warna kulitnya berwarna keunguan dan berintikan blueberry. Bentuknya seakan tart nenas. Ia juga merupakan antara menu biskut raya yang popular untuk disajikan pada musim perayaan kepada tetamu yang bertandang.

Keunikan biskut tart blueberry ini adalah warnanya yang menarik dapat menambah warna warni dan keceriaan pada hari raya anda. Kaedah menghasilkan biskut tart blueberry ini juga sangat mudah. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut tart blueberry yang gebu dan enak.

Pengenalan

Biskut tart blueberry merupakan sejenis biskut tart gulung yang berintikan blueberry dengan lapisan luarnya yang berwarna ungu. Bentuk dan rupa hampir sama dengan tart nenas gulung yang bezanya adalah rasa dan warna. Kaedah penyediaan biskut ini juga sangat mudah. Anda juga menyediakan biskut tart blueberry ini di rumah. Mari kita cuba resepi biskut tart blueberry yang gebu dan enak. 

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Tart Blueberry

  • 1 buku mentega atau 250 gram mentega
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 4 cawan tepung gandum
  • inti blueberry secukupnya
  • 1 sudu teh perisa/esen blueberry
  • pewarna purple (lebih kurang 1 sudu teh)

Bahan Hiasan Tart Blueberry:

  • Sebiji kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air

Cara- Cara memasak Resepi Biskut Tart Blueberry

  1. Mula-mula sekali, ayakkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum. 
  2. Di dalam mangkuk, masukkan mentega dan gula kastor. Pukul campuran mentega dan gula kastor tadi sehingga kembang dan berwarna keputihan.
  3. Kemudian, masukkan minyak sapi, kuning telur, garam, esen blueberry dan pewarna purple. Sambung pukul lagi sehingga sebati dan sekata.
  4. Selepas itu, masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan digaul sekata sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
  5. Perap dan biarkan sebentar supaya doh matang dan mesra.
  6. Sediakan inti dengan membentukkan dan menggentel inti menjadi bulat bujur.
  7. Masukkan doh ke dalam plastik paip dan gunakan muncung nozzle yang sesuai. 
  8. Di atas dulang pembakar yang telah disapukan mentega, paipkan doh memanjang dan letakkan inti di atas doh yang telah dipaipkan kemudian potong lebihan doh. Ulangi langkah yang sama sehingga habis.
  9. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius.
  10. Apabila semua doh sudah siap digulung dengan inti, bakar doh pada suhu 180 darjah celcius lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. 
  11. Apabila siap kuih siap dibakar, angkat biskut dan sejukkan untuk seketika.
  12. Kemudia, boleh disusun biskut ke dalam balang kuih kedap udara untuk dihidangkan kepada tetamu. 
  13. Selamat mencuba resepi ini.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 + 1 =