Resepi Biskut Red Velvet

Resepi Biskut Red Velvet yang Simple dan Enak

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut red velvet yang simple dan enak untuk disediakan? Biskut red velvet ini sangat sedap dengan gabungan coklat cip berwarna putih dan rupanya seakan kek red velvet. Bahannya juga seakan biskut coklat cip yang lain tetapi ada sedikit penambahan dan pengubahsuaian dalam resepi biskut red velvet. Biskut red velvet ini bukanlah dalam golongan biskut raya tradisional tapi biskut ini menjadi popular semenjak kebelakangan ini.

Ia menjadi semakin popular kerana rasanya yang sedap dan rupanya yang berwarna merah berjaya memikat hati penggemarnya. Tambahan pula jikalau anda merupakan peminat kek red velvet. Pasti anda juga menyukai biskut red velvet. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut red velvet yang simple dan enak.

Pengenalan

Biskut red velvet merupakan sejenis biskut yang berbentuk bulat dan leper yang berwarna merah dengan taburan coklat cip putih yang cair di atas biskut. Rupa biskut ini sama seakan biskut coklat cip yang lain cuma berbeza dari segi rasa, warna dan penyediaannya.

Bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Oleh itu, anda juga boleh menyediakannya di rumah. Di samping biskut ini juga tidak menggunakan mixer dan hanya menggunakan tangan dan sudip. Mari kita cuba resepi biskut red velvet yang simple dan enak.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-bahan untuk Resepi Biskut Red Velvet

  • 1 cawan mentega pada suhu bilik
  • 1 cawan gula kastor 
  • 2 cawan gula perang
  • Dua biji telur gred A
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • Dua sudu besar pewarna merah
  • 2 sudu kecil cuka makan
  • Dua sudu kecil soda bikarbonat 
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 3 cawan tepung gandum
  • 50 g coklat cip putih atau koko
  • 50 g almond nib yang dipanggang

Cara-cara memasak Resepi Biskut Red Velvet

  1. Pertama sekali, di dalam mangkuk, masukkan mentega, gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Kacau sehingga sebati dengan menggunakan whisk ataupun sudip. Tidak perlu menggunakan mixer kerana biskut ini tidak perlu pukul sehingga kembang. Cukup sekadar semua bahan sebati.
  2. Kemudian, masukkan pewarna merah, cuka makan, soda bikarbonat, serbuk penaik, garam, serbuk koko dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli ataupun kacau semua bahan menggunakan sudip sehingga semua bahan sebati dan sekata.
  3. Apabila sudah sekata semua bahan, tutup doh menggunakan plastik wrap dan masukkan seketika doh di dalam peti sejuk bahagian bawah untuk anggaran 10 minit. Doh perlu ditutup agar hawa makanan di dalam peti sejuk tidak melekat pada doh biskut. 
  4. Apabila doh sudah sejuk di dalam peti ais, boleh keluarkan doh dari dalam peti sejuk. 
  5. Campurkan coklat cip putih dan almond nib dalam doh dan gaulkan. Sudukan doh supaya membulat ataupun cubitkan membulat menggunakan tangan dan susun di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega agar biskut tidak melekat pada dulang pembakar. Jarakkan susunan biskut di atas dulang pembakar kerana biskut akan kembang dan dikhuatiri akan bercantum dengan biskut yang lain jika disusun terlalu dekat. 
  6. Bakar biskut red velvet pada suhu 180C dengan menggunakan kaedah api atas bawah selama anggaran 10 minit. Bergantung kepada ketuhar masing-masing. Sejukkan apabila biskut siap dibakar.
  7. Apabila biskut sudah sejuk, bolehlah disusun ke dalam balang biskut untuk dihidangkan kepada tetamu.
  8. Selamat mencuba resepi mudah ini.

Tips berguna:

  • Selain menggunakan mentega, anda boleh juga menggunakan planta ataupun marjerin sebagai ganti.
  • Selain menggunakan cuka makan, anda juga boleh menggunakan jus lemon.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Ombak RinduResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 + 3 =