Resepi Popia Simpul

Resepi Popia Simpul Rangup dan Inti Sedap

Bagaimanakah cara membuat resepi popia simpul yang rangup berinti sedap? Popia simpul ini adalah antara kudapan yang selalu dihidang diatas meja bersama-sama dengan kuih-kuih lain pada hari raya Aidilfitri mahupun hari raya Aidiladha. Popia simpul ini adalah kuih raya turun temurun dari nenek moyang kita lagi. Selain popia simpul, karipap kecil berinti serunding juga merupakan juadah kegemaran yang sering menarik minat golongan generasi orang tua dahulu.

Pengenalan

Oleh kerana proses membuat popia simpul agak rumit dan sangat memerlukan ketelitian, ia perlulah ini dibuat awal sebelum tiba hari perayaan. Walaupun cara membuatnya agak sukar, namun ia menjadi kepuasan dan sangat berbaloi apabila dinikmati ramai. Kerumitan proses pembuatan popia simpul juga menjadi antara punca kudapan ini dijual agak mahal di pasaran.

Antara tarikan utama popia simpul adalah kerangupan kulitnya beserta isi serunding yang manis dan pedas. Sebaik sahaja anda menikmati satu popia simpul, sudah tentu anda tidak dapat berhenti mengambilnya sehingga tinggal sebiji dalam balang! Tambahan pula jika ia dimakan bersama-sama dengan ahli keluarga secara bersantai sambil bersembang dan menonton televisyen.

Bahan-bahan untuk popia simpul adalah mudah untuk dicari dan kos perbelanjaannya pun tidak mahal walaupun proses pembuatannya agak rumit dan renyah. Jadi, ia tidak menjadi halangan untuk kita membuatnya sendiri. Bahkan ia juga dapat dijual dan menjadi sumber pendapatan sampingan anda di musim perayaan. Jadi, sudahkah anda teruja untuk mencuba resepi yang istimewa kali ini? Mari kita mulakan.

Masa Hidangan: 60-70 minit

Bahan-Bahan untuk Resepi Popia Simpul

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • serunding ikan (rujuk dibawah untuk cara membuatnya)
  • minyak, untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk inti serunding ikan:

  • 1 kg ikan kembung
  • 3 keping asam gelugor
  • 15-20 biji cili kering
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk minyak untuk menumis
  • air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara untuk membuat Resepi Popia Simpul

Cara-cara untuk membuat serunding ikan:

  1. Siang ikan dan bersihkan ikan dengan perahan jus limau dan air bersih.
  2. Kemudian, rebus ikan yang sudah dibersihkan dengan asam gelugor. Rebus ikan anggaran 15-20 minit.
  3. Keluarkan ikan yang direbus dan biarkan sejuk seketika.
  4. Keluarkan atau ambil isi isi ikan yang direbus tadi dan letakkkan didalam bekas lain.
  5. Kisarkan isi ikan dan ketepikan seketika.
  6. Kisar halus halia, lengkuas, cili kering, serai, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.
  7. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bahan kisar halus tadi. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau wangi.
  8. Masukkan isi ikan dan kacau perlahan lahan. Pastikan masak meggunakan api yang tidak terlalu kuat.
  9. Kacau isi ikan dan bahan tumisan bersama sehingga kering dan pastikan serunding ikan anda tidak hangus.
  10. Angkat dan sejukkan seketika.
  11. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Cara-cara untuk membuat popia simpul:

  1. Potong kulit popia pada 8 bahagian dan letak didalam bekas. Buat sehingga habis satu paket kulit popia.
  2. Kemudian kulit popia yang dipotong ditutup dengan kain lembab supaya tidak kering.
  3. Letakkan serunding ikan tadi menggunakan sudu kecil. Sudukan dalam anggaran ½ sudu kecil di tengah tengah kulit popia yag sudah dipotong.
  4. Kemudian gulung kulit popia memanjang. Isi ikan haruslah berada ditengah supaya bila disimpul menjadi cantik.
  5. Selepas dah digulung, simpul kan kulit popia tadi dengan rapi. Buat sehingga kult popia dan serunding ikan habis.
  6. Panaskan minyak didalam kuali. Masukkan popia simpul tadi ke dalam kuali dan masak hingga kekuningan.
  7. Gunakan api yang tidak besar. Pastikan sentiasa kacau agar tidak hangus.
  8.  Angkat dan toskan minyak
  9. Simpan didalam bekas kedap udara bila sudah sejuk.

Selamat Mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − sixteen =