Bagaimanakah cara untuk membuat resepi biskut M&M yang rangup dan bercoklat? Bila tiba musim perayaan pasti kita akan sibuk dengan membeli biskut raya untuk dibawa balik ke kampung. Namun, biskut M&M ini sebenarnya boleh dibuat pada hari biasa selain hari raya untuk dijadikan sebagai kudapan. Bahkan biskut ini turut menjadi kegemaran kanak-kanak disebabkan rupa bentuknya yang menarik.
Pengenalan
Membuat biskut M&M ini seolah-olah seperti hendak membuat biskut coklat cip biasa. Namun M&M yang berwarna-warni dimasukkan ke dalam adunan sebagai tambahan dan menambah rasa coklat. Resepi biskut M&M pun mudah dibuat dan yang paling penting bahannya yang mudah dicari. Dengan mempelajari cara-cara hendak membuat biskut ini, anda dapat menghasilkan kudapan seisi keluarga di rumah yang pasti menarik minat mereka. Mari kita ketahui cara-cara untuk membuat resepi biskut ini. Semoga Berjaya!
Waktu hidangan: 30-45 minit
Jumlah hidangan: 45-50 biji
Bahan-Bahan untuk Membuat Resepi Biskut M&M
Bahan-bahan:
- 3/4 cawan butter
- 1/3 cawan gula castor
- 2/3 cawan gula perang
- Satu biji telur
- 1 biji kuning telur
- 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 2 cwn tepung gandum
- 1 1/4 sudu kecil baking powder
- 1/3 choc chip mini atau choc rice
- Coklat m&m secukupnya untuk hiasan
Cara-Cara untuk Membuat Resepi Biskut M&M
- Ayak tepung bersama baking powder didalam bekas dan ketepikan seketika.
- Masukkan butter, gula kastor dan gula perang ke dalam bekas yang lain. Pukul ketiga tiga bahan ini sehingga menjadi kembang dan bertukar warna putih.
- Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan pula telur kuning dan esen vanilla. Pukul sehingga adunan sebati.
- Masukkan sedikit sedikit tepung yang sudah diayak ke dalam bekas yang berisi adunan tadi. Selang selikan masuk tepung dan gaulkan adunan. Buat sehingga habis tepung.
- Selepas itu, masukkan chocolate chip ataupun chocolate rise ke dalam adunan dan gaul hingga sebati.
- Rehatkan adunan di dalam peti ais dalam anggaran 30 minit hingga 1 jam supaya adunan menjadi kental.
- Keluarkan dari peti ais, gunakan sudu untuk mengambil doh tadi dan buat bentuk bulat. Buatkan sehingga habis doh.
- Letakkan doh yang siap berbentul ke dalam tray dan hiaskan dengan coklat M&M.
- Bila dah siap, bakar biskut dengan suhu 170°C selama 15-20 minit atau pun bakar sehingga keperangan.
- Siap dan boleh keluarkan dari oven.
- Sejukkan sebelum masuk ke dalam bekas kedap udara.
Tips Berguna:
- Pastikan simpan didalam bekas kedap udara supaya biskut anda tidak lemau dan rosak.
- Anda juga boleh tidak meletakkan choc rice atau choc chip mini didalam biskut anda.
- Masa bakar mengikut oven yang anda pakai, kebiasaannya bakar dalam anggaran 15-20 minit.
- Anda boleh juga menggunakan tangan dengan mengintil doh sehingga menjadi bulat.
- Boleh hidangkan bersama coklat cair untuk dicicah bersama biskut.
Selamat mencuba!
Resepi Kuih Raya Lain: