resepi semperit klasik

Resepi Semperit Klasik Yang Sedap

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan kuih semperit klasik yang sedap untuk disediakan? Kuih semperit klasik merupakan sejenis kuih raya tradisional sejak turun-menurun dan menjadi salah satu kuih perayaan yang wajib apabila tiba hari perayaan aidilfitri.

Kuih semperit terdapat dua jenis iaitu kuih semperit yang berbentuk segi empat tepat ataupun kuih semperit berbentuk bunga dahlia dan mempunyai ceri merah di atasnya. Selain itu, kuih semperit pada masa kini juga terdapat pelbagai jenis variasi. Antaranya adalah kuih semperit susu, kuih semperit coklat, kuih semperit red velvet dan sebagainya. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kuih semperit klasik yang sedap.

Pengenalan

Kuih semperit klasik sangat sedap dimakan dan ia cair di dalam mulut. Dalam masa yang sama, ia juga mudah untuk disediakan dan tidak menggunakan bahan yang banyak. Cara penyediaannya juga tidak susah. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika ia sering menjadi kuih raya pilihan wajib ada sewaktu perayaan Aidilfitri. Mari kita cuba resepi kuih semperit yang sedap.

Masa Memasak: 30 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Kuih Semperit Klasik

  • 1 buku/250 gram butter brand Anchor atau Tartura
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Ceri merah untuk hiasan 
  • Sedikit pewarna kuning (opsyen)

Cara- Cara memasak Resepi Kuih Semperit Klasik

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. 
  2. Di dalam mangkuk, masukkan mentega bersama gula. Pukul seketika sehingga kembang. 
  3. Kemudian letakkan sedikit Pewarna Kuning bersama esen vanila. Sambung pukul sehingga sebati. 
  4. Selepas itu, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastad. Kacau sehingga adunan sebati dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan semperit. Picitkan adunan ke atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega agar kuih tidak melekat pada dulang. Picitkan agar berbentuk seperti bunga dahlia. Hiaskan kuih semperit dengan ceri merah di atasnya.
  6. Jikalau inginkan kuih semperit yang berbentuk segi empat tepat, masukkan adunan ke dalam acuan yang sepatutnya. Kemudian picitkan sepanjang 3 cm dan dihiaskan dengan chocolate rice.
  7. Kemudian, bakar kuih semperit pada suhu 150C selama anggaran 15 minit.
  8. Sejukkan seketika sebelum dihidangkan ataupun sebelum disusun di dalam bekas kedap udara.
  9. Selamat mencuba.

Resepi Tambahan (Kuih Semperit Susu)

Bahan-bahan kuih semperit susu

  • 1 buku/250 g mentega
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 5 cawan tepung jagung
  • Coklat cip sebagai hiasan

Cara-cara menyediakan kuih semperit susu

  1. Di dalam mangkuk, masukkan mentega bersama susu pekat manis. Kacau sebati menggunakan senduk.
  2. Kemudian, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukkan ke dalam acuan semperit. Picitkan sehingga membentuk bunga dahlia. Hiaskan dengan coklat cip.
  4. Bakar selama 160C selama anggaran 25 minit.
  5. Selamat mencuba.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Biskut Coklat Chip
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − 4 =