Resepi Almond London yang Mudah dan Sedap

resepi almond london

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut almond london yang mudah dan sedap untuk disediakan? Biskut almond london juga adalah salah satu kuih raya yang popular dan wajib dihidangkan oleh setiap rumah pada musim perayaan Aidilfitri.

Walaupun namanya agak kebaratan tapi ia juga merupakan kuih raya tradisional kaum Melayu. Kuih ini juga menjadi kegemaran dan pilihan semua golongan umur kerana rasanya yang enak. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut almond london yang mudah dan sedap.

Pengenalan

Biskut almond london merupakan sejenis kuih raya yang mempunyai isi kacang badan di dalam, disaluti dengan biskut dan dicelup ke dalam coklat cair dan ditaburi dengan badam cincang. Tidak hairanlah jikalau kanak-kanak juga menyukainya kerana coklat yang menyaluti biskut itu berjaya memikat selera kanak-kanak. Mari kita cuba resepi biskut almond london yang mudah dan sedap.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Almond London

Bahan-bahan Almond London

  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Setengah cawan serbuk badam
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh emplex
  • Setengah cawan tepung jagung
  • 3 1/2 cawan tepung gandum
  • Kacang badam secukupnya yang telah dipanggang

Bahan-bahan sos celupan coklat 

  • 2 cawan coklat masakan
  • 1 sudu makan mentega/minyak masak

Bahan-bahan taburan almond london

  • Badam cincang yang telah dipanggang terlebih dahulu

Cara- cara memasak Resepi Almond London

  1. Pertama sekali, panggang terlebih dahulu kacang badam dan badam cincang.
  2. Dalam mangkuk, masukkan mentega,gula aising,kuning telur dan esen vanilla. Kacau menggunakan senduk agar bahan sebati.
  3. Kemudian, masukkan serbuk badam, serbuk penaik, emplex, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Jikalau masih melekat pada tangan, anda boleh masukkan sedikit tepung gandum. Jika terlebih keras, anda boleh masukkan mentega.
  4. Ambil secubit doh, bulatkan kemudian tekan bahagian tengah. Masukkan kacang badam ke dalam doh lalu bulatkan kembali agar menutupi keseluruhan kacang badam.
  5. Susun di atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega.
  6. Bakar biskut almond london pada suhu 160C dengan menggunakan kaedah api atas bawah selama 20 minit. Bergantung kepada ketuhar masing-masing. Sejukkan apabila biskut siap dibakar.
  7. Cairkan coklat masakan dan masukkan mentega menggunakan kaedah double boiler. Celupkan biskut yang telah dibakar dalam coklat yang telah cair dan letakkan ke dalam cawan kertas. Taburkan badam cincang yang telah dipanggang.
  8. Sejukkan terlebih dahulu biskut almond london sebelum disusun ke dalam bekas kerana dikhuatiri coklat yang cair akan melekat pada biskut yang lain.
  9. Selamat mencuba.

Tips Berguna:

  • Gunakan coklat masakan jenama Callebaut atau Beryl’s untuk rasa coklat lebih lazat.
  • Gunakan mentega ‘pure butter’ untuk aroma biskut lebih wangi dan sedap.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Biskut Ombak Rindu
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

fifteen − 13 =