resepi biskut cornflakes

Resepi Biskut Cornflakes Rangup dan Sedap

Bagaimanakah cara membuat biskut cornflakes yang rangup dan sedap? Biskut cornflakes adalah juadah sampingan yang sering dihidangkan pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Aidiladha. Ramai yang akan sibuk membuat persiapan kuih raya pada musim kedua-dua perayaan ini. Keriuhan dan kegembiraan berkumpul adik beradik dan sanak saudara untuk membuat persiapan pasti menggamit kenangan terindah.

Pada resepi kali ini, penulis akan bawakan satu resepi biskut raya yang pasti akan mengamit kenangan anda semua. Apa lagi, jom kita mulakan.

Pengenalan

Selain boleh menjadi menu sarapan pagi bersama susu segar, cornflakes juga boleh diolah menjadi biskut raya yang rangup dan lazat. Terdapat pelbagai jenis resepi biskut cornflakes yang dijadikan sebagai biskut raya. Ada yang versi ringkas iaitu cornflakes disalut dengan madu atau coklat dan ditabur dengan chocolate rice atau potongan manisan ceri.

Biskut cornflakes ini juga menjadi kegemaran semua orang tak kira peringkat umur dan menjadi pilihan untuk kudapan semasa bersantai di hari raya. Keenakkan dan kerangupan biskut cornflakes pasti akan buat anda makan sampai tak cukup sebalang! Jadi, anda dah bersedia? Jom kita pelajari resepi ini.

Masa penyediaan: 20-30 minit

Jumlah biskut: 45-50 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Cornflakes

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • Secawan cornflakes
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan kismis hitam
  • 2-3 cawan cornflakes
  • paper cup
  • Manisan ceri

Cara-Cara membuat Resepi Biskut Cornflakes

Cara Penyediaan:

  1. Satu cawan cornflakes dikisar halus dan ketepikan.
  2. 2-3 cawan cornflake dikisar kasar. Ketepikan
  3. Masukkan mentega dan gula ke dalam bekas. Pukul dua bahan tadi sehingga putih dan menjadi kembang.
  4. Kemudian, letak esen vanilla dan telur ke dalam mangkuk tadi. Pukul lagi bahan bahan tadi sehingga adunan menjadi sebati. Ketepikan seketika.
  5. Campur kan tepung dan serbuk penaik. Kemudian ayak dua campuran ini didalam bekas yang lain.
  6. Masukkan kismis dan cornflakes yang dikisar halus didalam bekas yang berisi tepung yang sudah diayak. Gaulkan adunan.
  7. Kemudian, masukkan adunan mentega tadi ke dalam bekas yang berisi tepung tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit.
  8. Adunan tadi direhatkan di dalam peti ais dalam anggaran 5-10 minit.
  9. Ambil adunan yang telah siap direhatkan menggunakan sudu dan bentukkan adunan biskut diatas cornflakes yang dikisar kasar menjadi bentuk bulat. Buat sehingga habis.
  10. Kemudian masukkan adunan yang siap dibentuk bulat kedalam paper cup dan hiaskan menggunakan ceri yang dipotong kecil-kecil.
  11. Bakar adunan biskut menggunkan suhu 180ºC sehingga biskut menjadi keperangan.
  12. Siap dibakar dan sejukkan mengikut suhu bilik.
  13. Boleh disimpan didalam bekas yang kedap udara agar biskut tidak mennjadi lemau.

Tips Berguna:

  • Anda juga boleh set jam anda selama 15 minit untuk membakar biskut cornflake anda.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai pengisar, boleh menggunakan tangan dengan cara meramas cornflakes sehingga mendapat tekstur yang anda mahukan.
  • Anda juga boleh lebihkan kismis sekiranya anda mahu
  • Gunakan bekas kedap udara agar biskut anda tidak lemau dan rosak.

Selamat Mencuba!

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut Coklat ChipResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × two =