Resepi Biskut Coklat Chip

Resepi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos

Bagaimanakah cara untuk memasak biskut coklat chip ala Famous Amos? Biskut coklat chip adalah biskut yang popular dan menjadi kegemaran ramai. Biskut coklat chip juga tidak hanya dibuat semasa hari raya, bahkan boleh juga dibuat sebagai hadiah atau buah tangan di pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis hari jadi. Selain itu, anda juga boleh memasak biskut ini di rumah untuk dijadikan sebagai kudapan di masa santai.

Pengenalan

Rasa coklat yang mengiurkan dan tekstur biskut yang rangup akan membuat anda menjamah biskut coklat chip berulang-ulang. Sudah tentu anda pernah menikmati biskut Famous Amos yang popular tersebut kan? Selain wanginya sehingga menusuk tekak, rasanya juga membuatkan anda tidak bosan untuk menikmatinya berulang kali. Jadi, jika anda mampu membuatnya sendiri, anda boleh menikmatinya sepuas hati dan tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk membelinya selalu.

Bolehkah kita membuat biskut ini seakan-akan Famous Amos? Ya pasti boleh. Anda jangan risau, resepi biskut chocolate chip ini mudah dan bahan-bahannya pun senang untuk dicari. Apa tunggu lagi? Jum kita mulakan belajar resepi kita kali ini. Semoga berjaya!

Masa hidangan: 20-30 minit

Jumlah hidangan: 80-90 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Coklat Chip

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan mentega (227g)
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan brown sugar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 3 cawan tepung (plain flour)
  • 1 1/4 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam (jika guna unsalted butter)
  • 2 cawan semi sweet chocolate chips
  • 1 cawan badam cincang, bakar seketika untuk menambah kerangupan

Cara-Cara membuat Resepi Biskut Coklat Chip

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan mentega, gula kastor dan gula perang didalam bekas bulat. Pukul tiga bahan ini sampai kembang dan menjadi gebu. Pastikan adunan yang dipukul sebati.
  2. Masukkan pula telur sebiji dan pukul lagi. Ulang lagi langkah ini sampai dua biji telur habis.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul sehingga sebati. Ketepikan seketika
  4. Ayak tepung, baking soda dan garam didalam bekas yang lain. Kemudiaan tepung yang sudah diayak dimasukkan sedikit sedikit ke dalam adunan mentega yang dipukul tadi.
  5. Gaul adunan ni sehingga sebati dan masukkan chocolate chip ke dalam adunan tadi.
  6. Gaul sehingga sebati adunan anda supaya mudah dibentukkan sekejap lagi.
  7. Sebelum membentukkan adunan biskut, panaskan oven dengan suhu 170C.
  8. Letakkan baking paper ke dalam tray. Kemudian guna kan sudu untuk menbentuk biskut dan letakkan didalam tray. Pastikan jarak antara biskut jauh agar bila dibakar dapat mengembang dengan sempurna. Buat sampai habis adunan.
  9. Rehatkan adunan yang siap dibentuk didalam peti ais selama satu jam. Selepas satu jam anda boleh keluarkan biskut anda dan mula membakar.
  10. Masukkan tray dalam oven dan bakar selama 10-15 minit ataupun bakar sehingga biskut keperangan.
  11. Keluarkan dari oven dan sejukkan
  12. Simpan didalam bekas kedap udara agar biskut anda tidak menjadi lemau.

Tips Berguna:

  • Gunakan mentega jenis pure butter seperti Anchor untuk mendapatkan aroma biskut yang menggoda.
  • Gunakan coklat cip yang berkualiti untuk rasa coklat yang sedap (contoh: Callebaut, Beryls).
  • Boleh dicicah bersama dengan coklat cair untuk rasa lebih mantap.

Selamat mencuba!

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine + nine =