Resepi Biskut Florentine Yang Mudah dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi biskut florentine yang mudah dan sedap? Kali ini kita akan pelajari biskut yang paling mudah untuk dibuat berbanding biskut-biskut raya yang lain. Biskut ini tidak sama seperti biskut-biskut raya yang lain kerana pembuatannya lebih ringkas. Bagi mereka yang inginkan kelainan, biskut florentine adalah pilihan yang terbaik dan sesuai untuk dihidangkan ketika hari raya.

Pengenalan

Biskut florentine sangat mudah dan tidak menggunakan gula dan tepung gandum. Namun, ia menggunakan bahan-bahan yang sedikit mahal. Nama lain bagi biskut ini adalah biskut crunchy caramel almond. Nama ‘florentine’ pula diambil sempena bahan asas yang digunakan dalam membuat biskut ini iaitu tepung florentine. Selain itu, biskut florentine juga mengandungi pelbagai kekacang dan bijirin yang mana ia lebih berkhasiat dan sesuai untuk mereka yang gemar akan kekacang.

Kebiasaannya, harga biskut ini di kedai agak mahal disebabkan harga bahan-bahan untuk menghasilkan biskut ini tidak murah. Jadi, untuk menjimatkan kos disamping dapat menikmati biskut florentine yang lazat ini, apa kata anda membuat sendiri buat biskut ini di rumah. Tak perlu panjang cerita, mari kita mulakan mempelajari resepi ini. Selamat berjaya.

Masa hidangan: 25 minit

Jumlah hidangan: 8 orang makan

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Florentine

  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam (sliced almond)
  • 50 gram kuaci putih (sunflower seed)
  • 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
  • 2 sudu besar bijan hitam

Cara Penyediaan Resepi Biskut Florentine

  1. Letakkan kekacang seperti badam, kuaci putih dan kuacii hijau di dalam tray dan masukkan tray kedalam oven. Bakarkan dengan menggunakan suhu 160C selama 5 minit ataupun kelihatan masak dan bertukar warna keperangan.
  2. Kemudian, keluarkan kekacang yang dibakar dan biarkan ia sejuk seketika.
  3. Masukkan semua kekacang yang telah dibakar ini kedalam bekas. Kemudian masukkan tepung florentine pula. Gaulkan kesemua bahan yang dimasukkan tadi bersama bijan hitam. Pastikan gaul sehingga sebati adunan.
  4. Sediakan tray yang sudah gris dan diletakkan baking paper padanya. Kemudian letakkan biskut florentine anda pada tray ini. Buat sehingga habis adunan biskut ini.
  5. Masukkan tray ke dalam oven dan bakar dengan suhu 160C selama 10 minit.
  6. Angkat dan terus potong kepada kepingan yang kecil kerana bila potong ketika sejuk, biskut ini akan pecah.
  7. Biarkan ia sejuk dan simpan didalam bekas kedap udara agar biskut anda tidak lemau.

Tips Berguna:

  • Gunakan pisau pemotong pizza untuk memotong biskut florentine anda ketika panas.
  • Boleh menggunakan tepung bienetta untuk menggantikan tepung florentine sekiranya tiada.
  • Gunakan tray atau loyang yang bersaiz 4×4 ataupun anda boleh menggunakan loyang yang bersaiz kecil dimana bahagikan kepada dua bahagian ketika membakar.
  • Pastikan biskut anda disimpan dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan biskut menjadi rosak atau lemau.
  • Tahap suhu dan masa bergantung pada oven yang digunakan dimana ada yang akan ditambah suhu atau masanya dan sebaliknya.
  • Pastikan letak baking paper dibawah biskut anda ketika membakar supaya ia tidak melekat pada tray ataupun loyang.

Selamat mencuba!

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut CappucinoResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

17 − 10 =