Resepi Biskut Cappucino

Resepi Biskut Cappucino yang Enak dan Mudah

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut cappucino yang enak dan mudah untuk disediakan? Biskut cappucino merupakan sejenis biskut yang ringkas tetapi sangat enak untuk dijadikan kudapan. Biskut ini menggunakan bahan asas untuk membuat biskut tapi ditambahkan sedikit serbuk atau perasa cappucino di dalam doh untuk membangkitkan rasa dan bau cappucino.

Pati cappucino ini boleh didapati di kebanyakan kedai bakeri dan bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapati. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut cappucino yang enak dan mudah.

Pengenalan

Biskut cappucino ini sentiasa menjadi pilihan dan kudapan kegemaran bagi penggemar kopi atau lebih dikenali sebagai “coffee lover”. Hal ini kerana biskut ini mempunyai aroma kopi yang begitu memikat hati penggemarnya. Namun begitu, biskut ini juga boleh dimakan oleh semua peringkat umur kerana serbuk cappucino yang digunakan dalam bahan ini tidaklah terlalu banyak. Ia sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak dan warga emas.

Biskut ini juga boleh dijadikan sebagai kudap-kudap untuk dihidangkan kepada para tetamu ataupun sebagai minum petang. Cara penyediaannya juga sangat mudah dan menggunakan bahan yang asas. Mari kita cuba resepi biskut cappucino yang enak dan mudah.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Membuat Resepi Biskut Cappucino

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 sudu kecil pati cappuccino
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk koko
  • 225 gram mentega (unsalted butter yang dibiarkan pada suhu bilik dan dipotong secara bentuk dadu)
  • 1/2 cawan gula kastor

Cara- Cara membuat Resepi Biskut Cappucino

Cara-Cara:

  1. Mula-mula, ayak terlebih dahulu tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko. Satukan di dalam mangkuk. 
  2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan berwarna keputihan. Terpulang jikalau anda ingin memukul menggunakan whisk ataupun mixer.
  3. Kemudian, masukkan pula pati cappucino dan disertakan dengan bahan ayak sebentar tadi sedikit demi sedikit. Sambung pukul kembali dengan kelajuan yang sederhana agak tepung tidak berselerak. 
  4. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170C.
  5. Selepas itu, masukkan doh tadi ke dalam beg paip menggunakan bentuk nozzle yang sesuai. Paipkan secara membulat anggaran bentuk duit syiling 20 sen di atas dulang pembakar yang telah disapu mentega agar biskut tidak melekat pada dulang.
  6. Setelah itu, bakar doh pada suhu 170C selama lebih kurang 12 minit.
  7. Apabila biskut sudah siap dibakar, biarkan sejuk seketika.
  8. Kemudian, bolehlah susun biskut di dalam balang untuk dihidangkan kepada tetamu mahupun sebagai kudapan.
  9. Selamat mencuba.

Tips Berguna:

  • Tekstur biskut akan menjadi sedikit lembut pada permulaannya dan menjadi keras setelah ianya sejuk.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Ombak Rindu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + 6 =