resepi biskut dam

Resepi Biskut Dam yang Sedap dan Rangup

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi biskut dam yang sedap dan rangup? Pada perkongsian resepi kali ini, penulis akan memberikan cara-cara untuk menghasilkan biskut dam. Biskut ini adalah antara biskut-biskut yang popular untuk dijadikan hidangan semasa musim perayaan.

Pengenalan

Biskut dam merupakan satu biskut klasik yang ranggup dan mudah untuk dibuat. Coraknya yang seakan papan dam dan mempunyai rasa yang enak seringkali menjadi pilihan ramai. Proses menyediakan biskut ini amatlah mudah dan tidak menyulitkan. Selain itu, bahan yang diperlukan juga tidak terlalu susah untuk anda perolehi. Jadi, di sini, kami daripada The Resepi akan kongsikan kepada anda cara mudah untuk menyediakan biskut dam yang sedap ini.

Masa penyediaan : 2 jam

Masa memasak : 20 minit

Jumlah Hidangan : 35 ke 40 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Dam

a) Untuk doh vanila

  • 100 g mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 220g tepung kek
  • 65g gula kastor
  • Sebiji telur

b) Untuk doh coklat

  • 100g mentega
  • Setengah sudu esen vanila
  • 190g tepung kek
  • 30g serbuk koko
  • 65g gula kastor
  • Sebiji telur

Cara-Cara membuat Resepi Biskut Dam

a) Doh Vanila

  1. Mula mula sekali, pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih
  2. Kemudian, sedikit demi sedikit anda masukkan telur dan kacau hingga sebati bahan tadi
  3. Apabila bahan mulai sebati, masukkan pula tepung kek yang sudah diayak dan kemudian kacau hingga ia menjadi doh yang lembut.
  4. Kemudian sejukkan doh itu tadi di dalam freezer lebih kurang dalam setengah jam (30 minit).
  5. Setelah itu, keluarkan dan bahagikan doh tadi kepada tiga bahagian
  6. Kemudian, anda canaikan doh tadi kepada bentuk segi empat.

b) Doh Coklat

  1. Untuk doh coklat pula, mula mula sekali anda pukul juga mentega dan gula hingga naik kembang dan putih
  2. Sama seperti tadi, masukkan telur secara sedikit demi sedikit dan mula kacau hingga bahan sebati
  3. Kemudian masukkan pula esen vanila dan kacau hingga sebati
  4. Setelah itu, anda masukkan pula tepung yang sudah anda campurkan dengan serbuk koko
  5. Kacau hingga ianya menjadi doh
  6. Kemudian sejukkan doh itu tadi di dalam freezer lebih kurang dalam setengah jam (30 minit).
  7. Setelah itu, keluarkan dan bahagikan doh tadi kepada tiga bahagian
  8. Kemudian, anda canaikan doh tadi kepada bentuk segi empat.

c) Untuk biskut Dam

  1. Pertama sekali, susun kepingan doh tadi secara bersilangan, vanilla coklat vanilla dan seterusnya
  2. Sejukkan dan masukkan kembali ke dalam freezer selama lebih kurang setengah jam
  3. Keluar dan potong doh tadi setebal 1 cm
  4. Kemudian, ambil semula doh yang sudah dipotong sama rata tadi dan tindankan
  5. Sejukkan semula selama 10 minit dan keluarkan semula untuk dipotong(tebal 1 cm)
  6. Susun di atas dulang pembakar untuk mula membakar. Pastikan dulang sudah digris
  7. Panaskan dengan suhu 150 darjah celcius
  8. Bakar selama 20 minit

Hidangkan dan selamat mencuba.

Penambahan dan Tips Ringkas

  • Potong doh semasa sejuk untuk mendapatkan hasil potongan yang cantik.

Selamat mencuba resepi ini

Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × five =