Resepi Biskut Kelapa

Resepi Biskut Kelapa yang Rangup dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut kelapa yang rangup dan sedap untuk disediakan? Biskut kelapa merupakan antara biskut raya klasik yang mempunyai nostalgianya yang tersendiri. Selain itu, biskut kelapa juga sangat mudah ditemui dijual di pasar terutama sekali pada musim perayaan Aidilfitri.

Pelbagai bentuk biskut kelapa boleh ditemui. Antaranya adalah yang berbentuk bulat, bulan, kapal dan sebagainya. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut kelapa yang rangup dan sedap.

Pengenalan

Biskut kelapa mempunyai rasanya yang rangup dan bau kelapa yang harum berjaya menambat hati penggemar biskut ini. Rahsia untuk mendapatkan biskut kelapa yang rangup adalah dengan menyangai terlebih dahulu kelapa parut.

Kelapa parut pada zaman sekarang juga amat mudah untuk didapati sama ada memarutnya sendiri ataupun beli di kedai menjual bahan kek. Anda juga boleh menggunakan bentuk acuan kesukaan anda dalam pembuatan biskut ini. Mari kita cuba resepi biskut kelapa yang rangup dan sedap.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 40-50 biji

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Kelapa 

  • 2 cawan mentega 
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur kuning
  • 5 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 4 cawan parutan kelapa-dipanggang

Cara- Cara memasak Resepi Biskut Kelapa

  1. Mula-mula, di dalam mangkuk, ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard menggunakan pengayak. 
  2. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila seketika sehingga adunan kembang. Kemudian, masukkan kuning telur. Pukul lagi untuk seketika. 
  3. Masukkan ketiga-tiga jenis tepung yang telah diayak sebentar tadi ke dalam mangkuk yang berisi bahan-bahan yang telah dipukul sedikit demi sedikit. Uli dengan menggunakan tangan yang bersih. Uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Kemudian, masukkan parutan kelapa yang telah disangai ke dalam doh. Kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian, boleh bentukkan doh dengan menggunakan tekap berbentuk bulan atau sebarang bentuk kesukaan anda. Susunkan doh yang telah ditekap ke atas dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega agar doh tidak melekat pada dulang pembakar. 
  5. Sementara itu boleh panaskan ketuhar dengan suhu 180C. Apabila semua doh sudah siap ditekap, bakar biskut selamat lebih kurang 15 minit pada suhu 170C. 
  6. Apabila biskut sudah siap dibakar, keluarkan biskut dan tunggu sehingga biskut sejuk. Biskut yang telah sejuk boleb disusun ke dalam balang biskut dan hidangkan kepada tetamu.
  7. Selamat mencuba resepi mudah ini.

Tips berguna:

  • Di samping, menyangai parutan kelapa, anda juga boleh sangai tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard seketika untuk mendapatkan tekstur biskut yang rangup.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − five =