resepi biskut dahlia

Resepi Biskut Dahlia Rangup Di Luar dan Lembut Di Dalam

Bagaimanakah cara untuk membuat resepi biskut dahlia yang rangup di luar dan lembut di dalam? Biskut dahlia yang seakan-akan biskut semperit ini menjadi kegemaran ramai tidak kira yang tua mahupun yang muda. Keistimewaan biskut dahlia yang lembut ini terletak pada kandungan tepung jagung dan tepung kastard dalam penghasilannya. Jika sukatan yang digunakan adalah betul, maka akan terhasil lah biskut dahlia yang sedap.

Pengenalan

Pembuatan biskut dahlia tidaklah rumit. Bahan-bahan untuk menghasilkan biskut ini juga sangat mudah didapati. Selain bentuknya yang menarik, biskut dahlia juga boleh dihasilkan dengan tambahan pewarna seperti merah jambu, hijau muda atau kedua-duanya. Hiasan tambahan yang sering digunakan untuk biskut dahlia adalah potongan ceri atau coklat cip. Selain musim perayaan, biskut dahlia boleh juga dibuat pada masa-masa lain terutama ketika masa cuti bersama keluarga. Anda juga boleh membuatnya bersama dengan anak-anak di rumah sebagai aktiviti sampingan. Jadi, jom kita pelajari cara-cara untuk membuat biskut dahlia. Semoga Berjaya!

Masa Penyediaan: 25 Minit

Masa Memasak: 30 Minit

Jumlah Hidangan: 8 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Dahlia

Bahan-Bahan:

  • 260g tepung gandum
  • 350g butter
  • 200g gula aising
  • 2 biji telur
  • 200g tepung kastard
  • 100g tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • ceri merah dan ceri hijau untuk hiasan

Cara-Cara membuat Resepi Biskut Dahlia

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan mentega daan gula aising kedalam bekas bulat. Pukul dua bahan ini sehingga kembang dan bertukar warna putih.
  2. Kemudian masukkan telur satu per satu diselang selikan dengan memukul adunan.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul sehingga gebu. Ketepikan.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung didalam bekas yang lain.
  5. Kemudian masukkan adunan campuran mentega ke dalam bekas yang berisi campuran tepung. Masukkan sedikit sedikit dan uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan gebu.
  6. Biarkan rehat seketika doh anda selama 5-10 minit.
  7. Masukkan doh ke dalam acuan samperit. Ketepikan.
  8. Letakkan baking paper diatas tray dan pastikan digris sebelum meletakkan baking paper pada tray.
  9. Tekan acuan samperit yang berisi doh biskut dahlia anda di atas tray. Buat sehingga habis doh.
  10. Letakkan ceri merah diatas biskut dahlia sebagai hiasan biskut anda.
  11. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu 180°C.
  12. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk seketika.
  13. Simpan didalam bekas kedap udara.

Tips Berguna:

  • Pastikan biskut dahlia anda disimpan didalam bekas kedap udara supaya tidak lemau dan rosak.
  • Suhu dan masa untuk membakar mengikut oven masing masing, ada yang perlu ditambah masa atau suhu dan ada jugak yang sebaliknya.

Selamat Mencuba!

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + 17 =