Bagaimanakah cara untuk membuat resepi biskut gajus yang rangup dan enak? Resepi kali ini penulis nak membawa anda mempelajari cara menghasilkan biskut gajus. Biskut gajus merupakan biskut raya tradisi turun temurun. Biskut klasik ini sering dijadikan hidangan kudapan bersama-sama dengan biskut-biskut raya yang lain. Jika berkunjung di kawasan perkampungan, biskut gajus adalah antara biskut yang sering dihidangkan semasa musim perayaan.
Pengenalan
Biskut gajus dapat dikenali dengan hiasan potongan gajus yang terdapat pada biskut ini. Kadangkala hiasan kacang gajus ini menjadi rebutan terutamanya bagi kanak-kanak. Oleh itu tidak hairan lah jika kacang gajus tiba-tiba hilang daripada biskutnya dek kerana ada yang mengambilnya senyap-senyap!
Untuk menghasilkan biskut gajus adalah mudah dan tidak renyah. Jadi, apa kata kali ini kite cuba hasilkan biskut gajus sendiri. Keluarga dan sanak saudara pasti gembira kerana merasa hasil air tangan kita sendiri bahkan ia akan memberi kepuasan kepada kita. Dah! Jom kita mulakan sesi belajar kita. Semoga berjaya.
Tempoh Memasak: 40-50 minit
Jumlah hidangan: 35 biji
Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Gajus
- 1 cawan butter/200g
- 3/4 cawan gula
- 1 biji telur
- 1 biji kuning telur
- sedikit esen vanilla
- 1/2 cawan kacang gajus
- 1/sudu teh tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar susu tepung
- 1 sudu kecil baking powder
- 3 cawan/300g tepung gandum
Cara-Cara membuat Resepi Biskut Gajus
- Goreng gajus tanpa minyak atau sangai dalam 5 minit dan ketepikan.
- Masukan butter dan gula ke dalam bekas bulat. Pukul sehingga menjadi kembang dan bertukar warna putih.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga adunan menjadi sebati.
- Ayak tepung gandum, tepung susu, baking powder, tepung beras dan tepung jagung ke dalam bekas lain.
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang sudah diayak kedalam bekas yang berisi adunan mentega. Selang selikan dengan mengaul campuran adunan. Buat sehingga habis tepung anda dan pastikan adunan menjadi sebati.
- Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan senang dibentuk. Bentukkan doh mengikut bentuk yang anda mahukan.
- Sediakan tray yang sudah disiap gris dan diletakkan baking paper. Kemudian letakkan doh yang sudah dibentuk kedalam tray. Buat sehingga habis.
- Kemudian sapu kuning telur diatas doh biskut dan letakkan potongan gajus diatasnya.
- Masukkan tray didalam oven dan bakar dengan suhu 170 C selama 20-25 minit.
- Keluarkan dari oven dan sejukkan.
- Masukkan ke dalam bekas kedap udara agar biskut anda tidak lemau.
Tips Berguna:
- Masa bakar mengikut oven masing masing, ada yang akan ditambah atau dikurang masanya.
- Suhu juga mengikut oven yang digunakan, dimana ada yang akan dinaikkan suhu atau sebaliknya.
- Anda jugak boleh melihat sama ada sudah masak biskut anda dengan melihat biskut bertukar keperangan.
Selamat mencuba!
Resepi Kuih Raya Lain: