Resepi Tart Nenas yang Gebu dan Sedap

resepi tart nenas

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan kuih tart nenas yang gebu dan sedap untuk disediakan? Kuih tart nenas merupakan salah satu kuih raya tradisional yang menjadi menu kuih wajib ada di setiap rumah pada musim perayaan Aidilfitri dan juga Aidiladha. Cara penyediaan kuih ini juga amat mudah. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan kuih tart nenas yang gebu dan sedap.

Pengenalan

Kuih tart nenas boleh dikatakan sudah menjadi kuih raya pilihan rakyat Malaysia merangkumi semua lapisan umur. Inti nenas yang manis masam dan disaluti dengan kulit tart yang gebu dan cair di mulut. Ada yang suka untuk hasilkan sendiri jem nenas manakala ada yang lebih suka untuk dapatkan jem nenas yang telah siap dijual di kedai kek bagi menjimatkan masa. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Kuih tart nenas juga amat mudah untuk didapati di kedai-kedai apabila tiba musim perayaan Aidilfitri. Mari kita cuba resepi kuih tart nenas yang gebu dan sedap.

Masa Memasak: 40 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Tart Nenas

Bahan-bahan Jem Nenas

  • 3 biji nenas (sederhana besar)
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 cawan gula pasir (lebihkan gula jika nenas masam untuk seimbangkan rasa)

Bahan-bahan kulit tart nenas

  • 1 buku/250 g mentega
  • 3 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • Untuk hiasan (1 biji kuning telur, sedikit air dan sedikit pewarna kuning)

Cara-Cara membuat Resepi Tart Nenas

Cara- cara memasak jem nenas

  1. Buang kulit nenas terlebih dahulu. Kemudian, parutkan semua nenas.
  2. Di dalam kuali dengan api yang perlahan, masukkan nenas yang telah diparut ke dalam kuali. Kemudian masukkan bunga cengkih dan kayu manis.
  3. Masakkan seketika sehingga nenas sedikit kering barulah masukkan gula pasir.
  4. Teruskan masak selama anggaran 1 ke 2 jam sehingga jem betul-betul kering berkilat dan melekat.

Cara-cara membuat kuih tart nenas

  1. Di dalam mangkuk, masukkan bahan seperti mentega, tepung gandum, gula kastor, tepung jagung, esen vanila dan minyak sapi.
  2. Uli sehingga semua bahan sebati dan tidak melekat pada tangan.
  3. Masukkan doh ke dalam bekas acuan. Picitkan doh ke atas dulang pembakar yang telah disapu dengan mentega dan sepanjang yang boleh.
  4. Letakkan inti ke atas adunan, gulungkan dan potong betul-betul mengikut saiz.
  5. Sapukan sedikit bancuhan kuning telur pada kulit tart nenas. 
  6. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.

Selamat Mencuba

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Biskut Coklat ChipResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seventeen − 13 =