Bagaimanakah cara untuk membuat resepi popia nestum yang rangup dan sedap? Kulit popia merupakan suatu bahan yang seringkali dijadikan kudapan. Selain rasanya yang rangup apabila digoreng, kulit popia rangup juga boleh ditambah dengan pelbagai perisa tambahan seperti nestum, milo, serbuk keju dan sebagainya. Kulit popia juga tidak mahal dan mudah untuk didapati. Ia menyebabkan kudapan seperti ini sering menjadi pilihan ramai.
Pengenalan
Popia nestum merupakan satu kudapan yang mudah untuk dibuat dan mempunyai rasa rangup yang enak. Untuk perkongsian hari ini, kami akan berkongsi dengan anda dengan satu resepi mudah untuk anda cuba. Kudapan ringkas ini sesuai di makan pada bila-bila masa ataupun ketika waktu santai bersama keluarga. Jadi mari kita lihat apakah yang diperlukan untuk menghasilkan kudapan yang enak ini.
Masa penyediaan : Setengah jam (30 minit)
Masa memasak : 10 minit
Bahan-Bahan untuk Resepi Popia Nestum
a) Untuk popia
- Sebungkus kulit popia
- 1/2 gula halus
- 1/2 cawan horlicks
- 1/2 cawan nestum
b) Untuk gam popia
- 1/4 cawan air
- Tepung, 2 sudu besar
Cara-Cara untuk Membuat Resepi Popia Nestum
- Mula mula, ambil tepung, bancuh dengan air dan letak tepi seketika
- Dengan menggunakan lidi sate, gulung kulit popia dan pastikan juga ada sedikit bahagian ditengah gulungan popia yang anda gulung sebentar tadi
- Bagi melekatkan kulit popia yang anda gulung, anda boleh sapukan sedikit bancuhan tepung(gam)
- Ulang proses tadi hingga semuanya habis dan kemudian asing dan tutup gulungan tadi dengan kain yang bersih
- Setelah itu, gunting gulungan popia tadi mengikut saiz yang sesuai, anggaran dalam 1.5 cm
- Kemudian, gulungan kecil popia tadi boleh lah anda goreng. Goreng hingga semuanya nampak kekuningan
- Setelah di angkat, letak popia tadi untuk anda taburkan taburan nestum,horlicks dan gula
- Gaul dengan sebati dan simpan di dalam bekas yang kedap udara untuk mengelakkan popia menjadi lemau
Penambahan dan Tips Ringkas
- tutup kulit popia yang sudah digulung dengan kain bersih. Tutup setiap kali anda hendak menggulung kulit popia bagi mengelakkan kulit popia kering dan mudahpecah
Selamat mencuba resepi ini dan menjamu selera
Jangan lupa amalkan SOP, sampai berjumpa lagi.