Resepi Cornflakes Madu

Resepi Biskut Cornflakes Madu yang Rangup dan Sedap

Bagaimanakah cara untuk menghasilkan biskut cornflakes madu yang rangup dan sedap untuk disediakan? Pada musim perayaan, cornflakes amat laris di pasaran kerana terdapat banyak jenis kuih raya yang boleh dihasilkan dari cornflakes. Antaranya kuih raya yang diperbuat daripada cornflakes adalah biskut cornflakes madu, biskut cornflakes, cornflakes telur masin dan sebagainya.

Biskut cornflakes madu merupakan antara biskut raya yang popular pada musim perayaan dan menjadi biskut raya yang wajib dihidangkan di setiap rumah bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Bukan sahaja disebabkan rasanya yang enak, malah kerana cara penyediaannya juga amat mudah dengan hanya menggunakan beberapa bahan yang asas. Dalam artikel ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara-cara untuk menghasilkan biskut cornflakes madu yang rangup dan sedap.

Pengenalan

Biskut cornflakes madu merupakan sejenis biskut raya yang menjadi pilihan setiap lapisan umur. Ia juga sesuai dijadikan sebagai kudapan. Kebiasaannya biskut ini menjadi antara biskut yang laris dan cepat habis ketika dihidangkan pasa hari raya. Rasanya yang rangup dan manis begitu memikat selera kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia adalah antara biskut raya yang mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan sukatan yang tepat. Mari kita cuba resepi biskut cornflakes madu yang rangup dan sedap.

Masa Memasak: 60 minit

Jumlah Hidangan: 5-6 orang

Bahan-Bahan untuk Resepi Biskut Cornflakes Madu

  • 6 cawan Cornflakes
  • 1/2 cawan madu
  • 1/2 buku mentega (saiz 250 gram)
  • 2 sudu besar gula kastor
  • Taburan manik gula (sebagai hiasan)
  • Sedikit ceri potong (sebagai hiasan)
  • Paper cup bersaiz kecil secukupnya

Cara- Cara untuk Memasak Resepi Biskut Cornflakes Madu

  1. Di dalam periuk atau kuali sederhana besar, cairkan mentega dengan api yang perlahan.  Kemudian, masukkan madu dan gula. Kacau seketika sehingga sebati dan sekata.
  2. Di dalam mangkuk yang berasingan, ramas atau hancurkan secara kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam cawan kertas. 
  3. Selepas itu, masukkan cornflakes yang telah diramas kasar ke dalam kuali yang berisi mentega yang telah cair dan dicampurkan dengan madu dan gula. Gaulkan cornflakes bersama campuran tadi sehingga sebati dan sekata iaitu sehingga cornflakes tersalut rata dan sempurna. 
  4. Kemudian, masukkan cornflakes yang telah digaul sebati ke dalam cawan kertas kecil dengan menggunakan sudu. Setelah itu, taburkan taburan manik gula ke atas cornflakes di dalam paper cup satu per satu sebagai hiasan. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius.
  5. Akhir sekali, bakar cornflakes pada suhu 150 darjah celcius selama lebih kurang 15 minit.
  6. Apabila cornflakes sudah siap dibakar, sejukkan seketika sebelum disusun ke dalam balang untuk dihidangkan kepada tetamu. 
  7. Selamat mencuba resepi ini.

Resepi Kuih Raya Lain:

Resepi Biskut Red VelvetResepi Kuih Almond London
Resepi Biskut CornflakesResepi Kuih Semperit
Resepi Tart NenasResepi Biskut Mazola
Resepi Biskut FlorentineResepi Biskut Snow Almond
Resepi Biskut MakmurResepi Biskut Arab

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − 7 =