Resepi Gulai Daging Salai Most Wanted Ala Negeri Sembilan

resepi gulai daging

Teringin nak tahu cara mudah untuk masak resepi Gulai Daging Salai style Negeri Sembilan? Ikuti artikel ini!

Pengenalan

Orang Negeri Sembilan memang suka makan gulai daging salai. Penulis kalau balik kampong, memamg ini menu wajib yang nenek akan masak. Rasa daging salai dan rasa lemak santan, tambah pula dengan pedas pedas… tak terkata lazatnya! Kalau masakan di kampong biasanya orang akan salai di luar guna dapur kayu. Tapi sebab kita dekat Bandar, kita guna cara simple je. Yang penting lazat.

Secara amnya cara masakkan Gulai Daging Salai ni sama saja dengan masakan gulai kuning lain. Apa yang membuatkan nya terkenal mungkin sebab daging disalai. Jadi rasa daging tu lagi emph sedap!

Nak tahu tak cara masak Gulai Daging Salai? Ha jom baca resepi kali ini:

Masa memasak: 45 minit

Jumlah hidangan: 5-7 orang

Bahan untuk Resepi Gulai Daging Salai

  1. 1 kg daging pinang
  2. 10-15 ulas cili padi
  3. 1 batang kunyit hidup (besar ibu jari)
  4. 1 kotak santan
  5. 2 batang serai
  6. 3 biji kentang
  7. 1 keping asam keeping

Cara Penyediaan Resepi Gulai Daging Salai

  1. Potong daging bersih, kemudian kelar kelar
  2. Potong kentang (belah 4)
  3. Tumbuk serai (jangan sampai hancur)
  4. Tumbuk cili padi dan kunyit sehinnga hancur. (boleh juga guna mesin kisar tapi bila kita tumbuk manual masakan akan rasa lebih sedap. Selain itu, kuah gulai akan jadi extra pekat)
  5. Okey jadi semua bahan dah siap, sekarang masa untuk salai daging!
  6. Salai kan daging atas non-stick pan sampai daging kecut (hilang semua air)
  7. Panggang dan terbalikkan selama 14-20 minit
  8. Apabila daging salai dan siap, angkat dan masuk dalam kuali.
  9. Masukkan santan dan cili tumbuk, biarkan sepati selama beberapa minit. Biarkan menggelegak.
  10. Kemudian masukkan pula kentang tadi.
  11. Masukkan serai pula
  12. Masukkan garam secukup rasa. Seterusnya masukkan asam keping
  13. Tunggu selama 10-15 minit untuk kentang empuk. Bila kentang dan empuk, boleh tutup api.
  14. Makanan siap di hiding! Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Tips:

  1. Orang Negeri Sembilai suka salai atas dapur kayu. Rasa asap akan buatkan lagi rasa leboh ‘smokey’ dan sedap. Tetapi kalau dekat Bandar, agak susahlah nak buat dapur kayu, jadi guna je non-stick pan tu.
  2. Salai bukan bermaksud pagar atau panggang ya. Salai kita ‘asapkan’ dia, dan keluarkan air.
  3. Kalau makan dengan nasi putih dan sambal belacan lagi sedap.
  4. Anda boleh gantikan kentan dengan rebung. Boleh juga kalau tak letak kedua duanya.

Selamat mencuba

Recommended Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18 + eight =