resepi gulai ayam kuning

Resepi Gulai Ayam Ala Negeri Sembilan Style

Masakan Negeri Sembilan memang terkenal dengan kepedasannya. Walaubagaimanapun, ia tetap enak. Bak kata orang pedas pedas pun sedap juga! Hari ini kita akan melihat cara-cara untuk masak resepi Gulai Ayam Kuning ala Negeri Sembilan.

Pengenalan

Gulai Ayam Kuning ini sememangnya makan favourite orang Negeri Sembilan. Namun, kebanyakkan mereka yang tinggal di luar Negeri Sembilan selalunya akan memanggil Gulai Kuning ini sebagai Masak Lemak Hijau. Para pembaca jangan keliru okay. Gulai Kuning dan Masak Lemak Kuning ini sesungguhnya merupakan makanan yang sama sahaja.

Tanpa lengahkan masa, jom kita belajar cara-cara masak Gulai Ayam Kuning Ala Negeri Sembilan!

Masa untuk memasak: 45 minit

Jumlah hidangan: 2-5 orang

Bahan untuk Resepi Gulai Ayam

  1. 1 ayam (dikerat 16)
  2. 2 biji bawang merah kecil
  3. Setengah biji halia
  4. 10-15 ulas cili padi
  5. 1 batang kunyit hidup (besar ibu jari)
  6. 1 kotak santan
  7. 2 batang serai
  8. 3 biji kentang
  9. 1 keping asam keeping

Cara Memasak Resepi Gulai Ayam ala Negeri Sembilan

  1. Basuh ayam bersih-bersih. (Saya suka basuh guna limau sebab wangi)
  2. Potong kentang (belah 4)
  3. Tumbuk serai (jangan sampai hancur)
  4. Hiris halus bawang merah kecil dan halia
  5. Tumbuk cili padi dan kunyit sehinnga hancur. (boleh juga guna mesin kisar tapi bila tumbuk masakan akan rasa lebih sedap. Selain itu, kuah gulai akan jadi extra pekat)
  6. Masukkan ayam hirisan bawang kecia, halia dan cili padi tumbuk tadi sekali dalam kuali. Gaul-gaul untuk sebati.
  7. Masukkan satu atau dua besar santan dalam kuali yang ada ayam tadi.
  8. Biarkan ayam kecut selama 10-15 minit ( lagi lama lagi sedap, sebab ayam akan serap rasa lemak santan, cili dan bawang tadi)
  9. Bila ayam dah kecut, masukkan santan dan jangan lupa air juga. (boleh agak agak untuk letak santan dan air banyak mana.)
  10. Kemudian masukkan pula kentang.
  11. Masukkan serai pula
  12. Masukkan garam dan asam keeping secukup rasa
  13. Tunggu selama 10-15 minit untuk kentang empuk. Bila kentang dan empuk, boleh tutup api dan siap untuk  dihidang!
  14. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Tips:

  1. Orang Negeri Sembilan suka guna santan perah dari santan kelapa. Kalau anda nak cuba guna santan perah ini caranya:
  2. 1 biji setengah kelapa
  3. Mesin kelapa
  4. Perahkan hampas kelapa tadi sebanyak 3 kali
  5. Perahan pertama guna untuk kecutkan ayam bersama halia, bawang dan cili
  6. Perahan kedua dan ketiga masuk sewaktu ayam dah kecut
  7. Selain daripada kentang, Gulai Ayam ni juga sangat sedap kalau dicampur dengan rebung yum yum. Rasa rebung, santan dan ayam memang padu!

Selamat mencuba

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + four =